Keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan pelajar sekolah di seluruh negara terserlah hari ini apabila baginda berkenan meninjau sendiri pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan sesi pembelajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, di sini.
Ia susulan pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan kelas-kelas peperiksaan awam, khususnya Tingkatan Lima dan Enam pada Rabu lepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) normal baharu setelah kira-kira tiga bulan terhenti akibat pandemik COVID-19.
Seri Paduka, diiringi anakandanya Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, berangkat tiba di sekolah berkenaan pada 10 pagi, disambut Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin, para pegawai tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Ia merupakan lawatan kerja pertama Seri Paduka yang diadakan di luar Istana Negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.
Sejurus tiba, guru bertugas terlebih dahulu membuat pemeriksaan suhu ke atas baginda sebelum Al-Sultan Abdullah berkenan memakai cecair pembasmi kuman yang telah diletakkan di atas alat hasil inovasi pelajar sekolah itu, yang hanya memerlukan seseorang memijak alat tersebut untuk mengeluarkan cecair berkenaan.
Seri Paduka kemudiannya berkenan menerima sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM dan tatacara kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi oleh para guru, murid dan ibu bapa atau penjaga bagi mencegah penularan COVID-19.
Al-Sultan Abdullah turut meninjau sendiri proses pengendalian kantin sekolah dan melihat bagaimana SOP pelajar ketika beratur membeli makanan ketika waktu rehat, beramah mesra dengan peniaga kantin sambil memuji kebersihan premis kantin itu.
Baginda kemudiannya ke Makmal Fizik sekolah itu bagi melihat sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka dengan tatacara kebiasaan baharu, sambil bertanyakan guru mengenai kandungan pengajaran serta memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar tidak lama lagi.
Lawatan Seri Paduka diteruskan dengan baginda mengunjungi Bengkel Jahitan Pendidikan Khas di sekolah tersebut dan melihat sendiri kaedah pembelajaran secara dalam talian bagi pelajar yang belajar dari rumah.
Al-Sultan Abdullah kemudian ke sebuah kelas dan menerima taklimat mengenai SOP ketika makan di dalam kelas pada waktu rehat, dan tanpa kekok, turut berkenan bersantap bersama pelajar di dalam kelas berkenaan.
Di akhir lawatan, baginda menerima lambaian daripada guru-guru yang kelihatan teruja menyaksikan keberangkatan ketua negara itu ke sekolah berkenaan. Tidak mahu menghampakan mereka, Al-Sultan Abdullah kemudiannya berkenan memanggil para guru untuk mengabadikan gambar bersama namun masih mengikuti SOP ditetapkan.
Sementara itu menerusi kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sutan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada KPM, sekolah dan semua guru di atas kesiapsagaan dan persediaan rapi bagi menjamin keselamatan diutamakan dan mengelakkan risiko jangkitan dalam kalangan guru dan pelajar sepanjang berada di sekolah.
Memahami ada murid lain yang juga rindu untuk kembali ke sekolah menuntut ilmu, bertemu guru dan kawan-kawan, Seri Paduka turut berharap agar murid-murid ini dapat bersabar dahulu buat ketika ini, kata beliau.
"Seri Paduka turut menasihati para guru dan pelajar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk penjarakan sosial, dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam dan luar waktu persekolahan," katanya.
Al-Sultan Abdullah turut mendoakan semoga semua guru dan pelajar di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT.
Bermula 24 Jun, seramai 500,444 pelajar daripada 2,440 sekolah menengah yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), serta peperiksaan antarabangsa kembali semula ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020
Yang di-Pertuan Agong berkenan beramah mesra dengan pelajar SMK Danau Kota ketika membuat lawatan kerja ke sekolah itu hari ini. --fotoBERNAMA
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
KPM tempatkan 13,749 guru baharu di seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah menempatkan seramai 13,749 guru baharu setakat tahun ini dalam usaha menyelesaikan isu kekurangan guru secara berperingkat dengan kerjasama SPP.
Kekurangan guru: KPM tawar 100 peratus kuota pengambilan kepada calon PSIMP
KPM melaksanakan pendekatan baharu bagi mengatasi isu kekurangan guru dengan menawarkan keseluruhan kuota pengambilan kepada calon program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP).
MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.