KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), menggiatkan usaha melindungi kesejahteraan rakyat khususnya dalam isu melibatkan sekuriti makanan dan kos sara hidup.
Seri Paduka bertitah usaha perlu ditingkatkan, bagi membendung segelintir peniaga yang mengambil keuntungan secara tidak munasabah, dengan perbuatan seperti itu jika tidak dibendung akan menyebabkan inflasi yang akhirnya menjejaskan kos sara hidup rakyat.
"Usaha untuk melindungi rakyat daripada penipuan, menangani isu-isu berkaitan halal, timbangan dan sukatan termasuklah dalam menyiasat semua aduan-aduan rakyat perlu segera ditingkatkan," titah Al-Sultan Abdullah pada Majlis Santapan Malam Sambutan Jubli Emas Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, pada Khamis.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis itu. Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Timbalannya Datuk Rosol Wahid, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Yang di-Pertuan Agong bertitah tindakan membanteras penyelewengan dan penyeludupan barangan kawalan serta barangan subsidi perlu diberikan tumpuan, selain kementerian itu juga perlu terus mencari peluang bagi meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Seri Paduka bertitah hakikatnya, kesejahteraan rakyat dan usaha untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi domestik perlu terus diperkasakan.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah bahagian penguat kuasa itu yang ditubuhkan pada 17 April 1972, telah menabur bakti dalam mengawal bekalan makanan dan keperluan asas di pasaran agar sentiasa stabil dan mencukupi.
Seri Paduka bertitah selama 50 tahun lepas, bahagian penguat kuasa itu melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi bagi menangani ketirisan barangan diberikan subsidi oleh kerajaan, dan kini penglibatan bahagian berkenaan dalam Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi turut menyumbang kepada kestabilan harga barangan keperluan.
"Ketika negara berhadapan dengan COVID-19, ramai yang tidak mengetahui bahawa Bahagian Penguat Kuasa ini turut berperanan dalam menjaga kesejahteraan rakyat.
"Bagaikan wira yang tidak didendang, mereka telah saban hari mengharungi lapangan dalam usaha untuk menguatkuasa pematuhan kepada undang-undang dalam sektor perdagangan dan pengedaran," titah Seri Paduka.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah pasukan itu juga telah mengambil langkah proaktif, dalam menjamin bekalan serta harga kit ujian kendiri, pelitup muka, pengawalan harga vaksin COVID-19, serta pelbagai barangan keperluan harian.
Menerusi sumbangan bahagian penguat kuasa itu, Al-Sultan Abdullah bertitah negara kekal berdaya saing dan turut menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara.
Seri Paduka bertitah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara, dengan pasukan itu bertanggungjawab kepada kesejahteraan serta kemakmuran hampir 32 juta pengguna, yang merupakan rakyat negara ini.
"Justeru, laksanakan tanggungjawab ini dengan penuh jujur dan amanah agar perdagangan domestik sentiasa maju dan pengguna sentiasa dilindungi.
"Saya dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga bahagian penguat kuasa dan kementerian ini, akan sentiasa dilindungi Allah subhanahu wata'ala dalam menggalas tugasan untuk melindungi rakyat dan memastikan ekonomi domestik terus kekal berkembang dengan pesat," titah Al-Sultan Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan menyampaikan titah ketika menghadiri majlis santapan malam sempena Sambutan Jubli Emas KPDNHEP. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1kg di Pulau Pinang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesahkan tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1 kilogram (kg) dalam pasaran di negeri itu.
KPDNHEP tempatkan 12 mesin retort di seluruh negara
KPDNHEP melalui Sekretariat Food Bank Malaysia sehingga kini telah menempatkan sebanyak 12 unit mesin retort di premis hotel dan katering di 10 negeri.
Penetapan harga siling ayam pada RM9.40 sekilogram diteruskan - Nanta
Jemaah Menteri setuju harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.
Agong titah KPDNHEP giat usaha lindungi kesejahteraan rakyat
Seri Paduka bertitah usaha perlu ditingkatkan, bagi membendung segelintir peniaga yang mengambil keuntungan secara tidak munasabah.
Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi
Pembukaan sempadan semestinya akan merancakkan sektor ekonomi dengan kedatangan pengunjung dari luar sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan tertentu dalam pasaran.
Selepas kontroversi harga sotong, kecoh pula kailan ikan masin RM18 sebungkus di P. Pinang
Sebuah restoran turut mengenakan harga lauk ikan jenahak sebanyak RM90 manakala sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5).
KPDNHEP pertimbang cadangan kawal harga kit ujian COVID-19
Harga kit ujian RM39.90 seunit disifatkan membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan keluarga memiliki ramai anak.
KPDNHEP Johor tumpas kegiatan pindah minyak masak bersubsidi
Hasil serbuan yang dijalankan mendapati sebanyak 24,819 kg minyak masak bersubsidi sudah dipindahkan ke dalam tangki.
Kenaikan harga barang asas: 'Kerajaan ketika ini, kerajaan tidur' - Anwar
Dakwa Anwar, tindakan secara serius seolah-olah tidak diambil pihak kementerian yang bertanggungjawab meskipun perkara itu amat membimbangkan.