awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Capital A lengkapkan penyenaraian 2.31 bilion saham, laksanakan penempatan persendirian
Liga Mahasiswa cabar Adam Adli untuk berdialog secara terbuka
Penyebaran maklumat sulit ATM: Mindef buat laporan polis - Khaled Nordin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong titah tindakan tegas banteras ancaman keselamatan digital

Faida Rahim
Faida Rahim
19/01/2026
05:48 MYT
Agong titah tindakan tegas banteras ancaman keselamatan digital
Sultan Ibrahim bertitah ancaman ini menuntut tindakan tegas dan menyeluruh melalui penggubalan undang-undang keselamatan negara yang berkesan.-Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Negara berdepan pelbagai ancaman moden termasuk keselamatan digital, integriti maklumat serta teknologi ‘deepfake’ yang berpotensi membuka ruang kepada penipuan dan menggugat kestabilan sosial.

Ringkasan AI
  • Negara menghadapi pelbagai ancaman moden termasuk keselamatan digital, integriti maklumat, dan teknologi 'deepfake' yang boleh membawa kepada penipuan dan menggugat kestabilan sosial.
  • Yang di-Pertuan Agong menekankan perlunya tindakan tegas melalui penggubalan undang-undang keselamatan negara yang berkesan bagi menangani ancaman tersebut.
  • Baginda turut menyokong usaha untuk memperkukuh kerangka undang-undang berkaitan pilihan raya, institusi demokrasi, dan pendanaan politik bagi meningkatkan ketelusan serta kebertanggungjawaban dalam pentadbiran negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, ancaman ini menuntut tindakan tegas dan menyeluruh melalui penggubalan undang-undang keselamatan negara yang berkesan.
"Negara turut berhadapan dengan ancaman moden terhadap keselamatan digital, integriti maklumat serta teknologi deepfake yang mampu membuka ruang kepada kes penipuan dan menggugat kestabilan sosial," titah baginda.
Baginda bertitah demikian dalam Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Kuala Lumpur pada Isnin.
Selain ancaman digital, baginda turut bertitah isu ancaman jenayah berat dan keganasan serta perbuatan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja atau (3R) yang juga perlu ditangani dengan berkesan.
Oleh demikian, undang-undang berhubung keselamatan negara dan ancaman luar negara wajar diwujudkan segera kerana hanya dengan cara ini keharmonian antara semua kaum dan kedaulatan negara akan sentiasa terpelihara.
Dalam pada itu, baginda turut mengalu-alukan usaha memperkukuh kerangka perundangan berkaitan pilihan raya, institusi demokrasi dan pendanaan politik bagi meningkatkan ketelusan serta kebertanggungjawaban dalam pentadbiran negara.
"Saya turut mengalu-alukan usaha bagi mengukuhkan undang-undang berkaitan pilihan raya, institusi demokrasi dan pendanaan politik.
"Ini termasuk usaha untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun, mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pengenalan Akta Kebebasan Maklumat dan institusi ombudsman," titah baginda.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah ancaman moden yang dihadapi negara yang disebutkan dalam Titah Diraja? A: Negara menghadapi ancaman moden termasuk keselamatan digital, integriti maklumat, dan teknologi 'deepfake' yang boleh membuka ruang kepada penipuan dan menggugat kestabilan sosial.
  • Q: Apa yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menangani ancaman keselamatan negara? A: Yang di-Pertuan Agong mencadangkan penggubalan undang-undang keselamatan negara yang berkesan sebagai tindakan tegas dan menyeluruh untuk menangani ancaman tersebut.
  • Q: Apakah isu selain daripada ancaman digital yang perlu diambil tindakan berkesan? A: Selain ancaman digital, isu ancaman jenayah berat, keganasan, dan perbuatan yang sensitif terhadap kaum, agama, dan institusi diraja juga perlu ditangani secara berkesan.
  • Q: Apa yang juga disokong oleh Yang di-Pertuan Agong bagi meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran negara? A: Baginda menyokong usaha memperkukuh kerangka perundangan berkaitan pilihan raya, institusi demokrasi, dan pendanaan politik untuk meningkatkan ketelusan serta kebertanggungjawaban dalam pentadbiran negara.
  • Q: Apakah usaha yang dikongsikan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi memperkukuh undang-undang berkaitan pilihan raya? A: Baginda menyokong usaha untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun, mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pengenalan Akta Kebebasan Maklumat, serta institusi ombudsman.

Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Sultan Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#keselamatan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan