Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Mac 2026.

  1. UMNO ajak bekas ahli dipecat, digantung yang berminat sertai semula parti

    Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata bulan yang penuh rahmat ini adalah waktu terbaik untuk memperkukuh tali ukhuwah dan mempertautkan kembali semangat perjuangan parti.

  2. Anwar berkata Malaysia menyatakan solidariti penuh terhadap Turkiye, khususnya selepas kejadian peluru berpandu balistik yang dikesan menuju ke ruang udara negara tersebut. 
  3. AFC rujuk kes FAM kepada jawatankuasa tatatertib

    AFC mengesahkan perkara terbabit kini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC untuk tindakan dan pertimbangan lanjut.

  4. 'Jangan terburu kritik SPRM, tunggu laporan penuh' - PM Anwar

       Perdana Menteri mengingatkan semua pihak agar tidak terburu-buru membuat tuduhan kononnya SPRM dijadikan alat politik kerajaan. 

  1. FAM anggap keputusan CAS tidak seimbang

    FAM berpandangan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam kes melibatkan tujuh pemain kebangsaan kelihatan tidak seimbang.

  2. SPRM minta James Chai segera pulang bantu siasatan
    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyeru bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai supaya segera menghubungi pegawai penyiasat serta pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Advertisement

    7. Na’imah, dua anak dan peguam fail saman terhadap kerajaan
Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, dua anaknya, serta dua peguam keluarga berkenaan hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Kerajaan Malaysia.

8. PKR saman 16 bekas MP, ADUN, tuntut RM160 juta kerana keluar parti
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman terhadap 16 bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menuntut ganti rugi RM10 juta setiap seorang selepas mereka meninggalkan parti itu dua tahun selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018.

9. Kerajaan teliti cara kekalkan harga minyak susulan konflik Asia Barat - Muhammad Kamil
Kementerian Kewangan sedang meneliti langkah sewajarnya bagi mengekalkan harga minyak pada kadar sedia ada meskipun berdepan cabaran lonjakan harga minyak mentah dunia yang kini telah melepasi paras USD100 setong.

10. Perhimpunan rumah ibadat di Pulau Pinang tidak diteruskan - Polis
Penganjuran perhimpunan mengenai sebuah rumah ibadat kecil berhampiran sebuah hospital di Pulau Pinang yang dirancang diadakan esok tidak akan diteruskan.


 

Must Watch Video