Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya, di sini khamis malam untuk mengucapkan selamat jalan kepada lebih 470 jemaah haji yang akan berlepas ke Tanah Suci.
Seri Paduka Baginda tiba di kompleks berkenaan pada pukul 9.30 malam diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Turut hadir adalah Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussen Qattan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Pada majlis itu, Sultan Muhammad V bersalaman sambil mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah haji KT10 yang dijadual berangkat ke Tanah Suci menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8014 pada pukul 1.35 pagi ini.
Bagi memberkati perjalanan para jemaah haji, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri membacakan doa memohon keselamatan dan dipermudahkan segala urusan ibadah mereka.
Laungan azan oleh Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki sebagai simbolik memuji kebesaran Allah yang menerima kumpulan berkenaan sebagai 'tetamu-Nya'.
Terdahulu, Jamil Khir dalam ucapannya pada majlis berkenaan meminta para jemaah haji supaya sentiasa menuruti aktiviti dan program yang telah diatur oleh TH.
"Sampai di sana, laksanakan ibadah dengan penuh ikhlas dan serahkan diri sepenuhnya apabila bermula laungan 'Labaikallah Humalabbaik'.
Jangan terlibat dengan mana-mana program atau penganjuran aktiviti yang tiada kena mengena dengan yang ditentukan TH. Tumpukan pada ibadah," katanya.
Sejumlah 30,200 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini, dan 5,200 jemaah telah mula tiba di Madinah dan Makkah secara berperingkat sejak Isnin lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2017
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Musim Haji 1438H, di Kelana Jaya. - Bernama
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar – Arab Saudi, Turkiye, Jordan dan Mesir
A conversation with Antony Blinken, United States Secretary of State | 29 April 2024
A Conversation with Antony Blinken, United States Secretary of State
#SpecialMeeting24
A Conversation with Antony Blinken, United States Secretary of State
#SpecialMeeting24
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini
Perkara itu akan diumumkan dalam satu sidang media oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
284 jemaah haji Malaysia terakhir selamat tiba di KLIA
Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.
11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas.