KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghargai komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaan inisiatif berteraskan prinsip menjaga kebajikan, meringankan kos sara hidup dan menaikkan taraf hidup rakyat di Wilayah Persekutuan.
Seri Paduka bertitah baginda menyambut baik program pembangunan usahawan anak muda kota Wilayah Persekutuan misalnya, yang berjaya memberi impak dalam meningkatkan penyertaan belia dalam bidang keusahawanan pascapandemik COVID-19.
"Selain itu, bantuan kepada golongan miskin di 178 kawasan perumahan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur telah membantu dalam meringankan kos hidup ditanggung golongan miskin bandar," titah baginda sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara di sini hari ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.
Semasa menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Al-Sultan Abdullah turut menyambut baik komitmen menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah sejahtera dan mapan untuk didiami semua golongan menerusi agenda penyediaan perumahan mampu milik.
Seri Paduka bertitah inisiatif Residensi Prihatin Keluarga Malaysia dan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia merupakan antara inisiatif bakal membantu warga Wilayah Persekutuan dan golongan B40 dan M40 memiliki rumah sendiri yang selesa dan berkualiti.
Titah baginda usaha membangunkan infrastruktur berkualiti dan menyeluruh serta pembangunan semula kawasan usang dan ketinggalan bakal merencanakan Wilayah Persekutuan yang lebih segar, ceria dan berdaya huni.
Dalam hal itu, Seri Paduka berharap pembangunan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar bertaraf dunia menjelang 2030 dan pelaksanaan bandar rendah karbon akan dapat direalisasikan.
Baginda juga berharap cadangan pembinaan jambatan menghubungkan pulau Labuan dengan tanah besar Sabah, yang pada hemat baginda boleh menjadi pemangkin pesat ekonomi di kedua-dua sempadan wilayah tersebut.
Dalam titah baginda pada istiadat itu, Al-Sultan Abdullah turut menyentuh mengenai bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini sehingga mendatangkan pelbagai kesulitan kepada rakyat selain membawa kesan kepada sektor ekonomi yang baru beransur pulih.
Justeru, Seri Paduka menyeru kerajaan agar merangka satu solusi jangka panjang dan juga memperkasa mekanisme pengurusan bencana.
Al-Sultan Abdullah bertitah bandar raya Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang merupakan pusat kepada ekonomi dan kewangan negara perlu mempunyai pelan kontingensi terancang dalam menghadapi banjir.
Namun di sebalik musibah banjir itu, Seri Paduka amat terharu dengan semangat setiakawan dan saling membantu yang dipamerkan rakyat ketika bencana tersebut.
"Pelbagai pihak dan orang perseorangan telah tampil menghulurkan bantuan.
"Sesungguhnya sikap murni seperti inilah yang menjadi kayu pengukur akan rasa saling sayang menyayangi serta perpaduan erat oleh seluruh rakyat beta yang merentasi darjat mahupun bangsa, agama dan fahaman politik," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan titah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara hari ini. -- fotoBERNAMA
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Kerajaan berdepan perang psikologi dengan rakyat untuk laksanakan semula GST - CAPS
Rakyat sudah punyai persepsi negatif terhadap GST apabila pelaksanaannya dahulu tidak memperbaiki mutu ekonomi seperti yang dicanangkan.
Agong zahir penghargaan kerajaan laksana inisiatif naik taraf hidup warga WP
Seri Paduka bertitah baginda menyambut baik program pembangunan usahawan anak muda kota Wilayah Persekutuan.
COVID-19 punca ketidaksamaan jadi tumpuan, kebimbangan lebih ketara
Kesan ketidaksamaan telah menjadi isu yang mencabar sehingga menghalang pembangunan masyarakat di seluruh dunia.
Suara rakyat: Orang Asli harap bantuan jangka pendek, panjang dalam RMK-12
Orang Asli yang kebanyakannya masih bergantung hidup dengan hasil hutan, meminta kerajaan mencari jalan penyelesaian membantu meningkatkan taraf hidup.
Kerajaan rangka strategi untuk perkasakan Orang Asli - Mustapa
Kerajaan sedang merangka beberapa strategi melalui program tertentu untuk memperkasa Orang Asli agar lebih berdaya saing.
Orang Asli disaran ceburi sektor pelancongan di Melaka
Kerajaan negeri sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli melalui penjanaan pendapatan yang tetap dan stabil.
Saya guna kerjaya politik semaksimumnya bantu rakyat - Kurup
Kurup berkata sepanjang menjadi Anggota Parlimen di kawasan itu, banyak pembangunan yang beliau ikhtiarkan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat di situ.
Rakyat Malaysia nikmati taraf hidup jauh lebih tinggi daripada sebelumnya
Rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional, serta kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur, sebaliknya lebih gemar makan di luar.
Judul buku diterbitkan di Malaysia perlu ditingkatkan - Abang Johari
Menurut Abang Johari, UNESCO memantau jumlah dan jenis buku yang diterbitkan setiap negara setahun kerana ia adalah indeks penting untuk mengukur taraf kehidupan dan pendidikan.
Rakyat perlu rebut peluang untuk tingkat taraf hidup - MB Johor
Rakyat negeri Johor disaran merebut segala peluang yang diberikan supaya dapat meningkatkan taraf hidup dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.