KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera kelapan Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat yang meninggal dunia semalam.
Istana Negara dalam kenyataan di laman Facebook rasminya menyatakan Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Mohd Ghazali dan menzahirkan harapan supaya seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
Seri Paduka selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada ATM dan juga negara.
"Seri Paduka mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut kenyataan itu.
Mohd Ghazali yang lahir pada 17 Dis 1930 di Lenggong, Perak pada awal penglibatan bersama ATM telah memulakan latihan Pra-Pegawai Kadet di Federation Military School (FMC), Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1953.
Allahyarham yang terpilih menjalani Kursus Pegawai Kadet di Eaton Hall Cadet School, England selama enam bulan, meneruskan latihan di Royal Military Academy Sandhurst (RMA Sandhurst) selama 18 bulan bermula 1954 bersama lima Pegawai Kadet dari Tanah Melayu.
Mohd Ghazali yang memulakan perkhidmatan di Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) sebagai Ketua Platun pernah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 1958 dan merupakan antara lima penerima pingat PGB terawal dalam sejarah ATM.
Allahyarham juga pernah ditugaskan sebagai pegawai staf operasi tentera (PSO Military) di Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan dan keselamatan negara setelah tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Pada 1984, Allahyarham dilantik sebagai Panglima Tentera Darat selama setahun sebelum dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera kelapan dari 1985 hingga 1987.
Selepas bersara, Allahyarham berkhidmat sebagai Pengerusi Boustead Holdings Bhd dan Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021
Seri Paduka selaku pemerintah tertinggi ATM amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada ATM dan juga negara. - Foto Facebook/Istana Negara
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.
Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan - PM
Seri Paduka juga ucap tahniah kepada kerajaan dalam menangani bencana banjir terutama dalam soal pengagihan bantuan yang pantas.