awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir takziah kepada keluarga Hasbullah

Bernama
Bernama
16/11/2020
16:24 MYT
Agong zahir takziah kepada keluarga Hasbullah
Allahyarham merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Temenggor sejak 2004 sehingga 2013 sebelum bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-13. - Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia malam Isnin.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Hasbullah dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi suasana pilu itu.
''Seri Paduka Baginda berdua amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti serta jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara.
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin,'' menurut kenyataan itu.
Hasbullah, 63, tidak sedarkan diri susulan serangan jantung ketika berada di dalam kereta semasa di kampung isterinya di Raub, Pahang kira-kira 6.30 petang tadi. Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Raub sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 7 malam.
Allahyarham merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Temenggor sejak 2004 sehingga 2013 sebelum bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Hasbullah dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd pada 12 Mei lepas.
Hasbullah juga pernah menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu menyandang jawatan timbalan perdana menteri.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Ahli Parlimen Gerik
#Hasbullah Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan