Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Masliza Mahmod atas pelantikan beliau sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Istana Negara dalam satu hantaran menerusi Instagram rasmi berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa bangga atas kejayaan Dr Masliza sekali gus melakar sejarah negara sebagai wanita pertama Malaysia dilantik menjawat jawatan itu di universiti berprestij.

“Al-Sultan Abdullah turut berbangga kerana kejayaan Dr Masliza yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan semoga pencapaian dan ketabahan Dr Masliza menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia,” demikian menurut hantaran itu.

12 Julai 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Masliza binti Mahmod di atas pelantikan beliau sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini. Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa bangga di atas kenaikan pangkat tersebut dan juga di atas kejayaan Dr Masliza melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia dilantik sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford. Seri Paduka Baginda turut berbangga kerana kejayaan Dr Masliza juga telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga pencapaian dan ketabahan Dr Masliza menjadi sumber inspirasi dan tauladan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing di dalam negara mahu pun di persada dunia. Seri Paduka Baginda mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr Masliza dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan di dalam bidang kardiologi dan sebagai seorang pakar kardiologi yang ulung di dunia. Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memfokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik-teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baharu untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus. Doktor berusia 47 tahun dari Batu Pahat, Johor itu kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR). Ahli Royal College of Physicians (MRCP) dari London itu memiliki ljazah Sarjana Perubatan Dalaman (MMed) dari Malaysia dan ijazah perubatan awal (MBChB) dari Universiti Otago, New Zealand.

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on


Seri Paduka turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr Masliza dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dalam bidang kardiologi serta sebagai seorang pakar kardiologi yang ulung di dunia.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Masliza Mahmod atas pelantikan beliau sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom (UK) baru-baru ini.  Istana Negara dalam satu hantaran menerusi Instagram rasmi berkata Seri Paduka turut menzahirkan rasa bangga atas kejayaan Dr Masliza sekali gus melakar sejarah negara sebagai wanita pertama Malaysia dilantik menjawat jawatan itu di universiti berprestij.  “Al-Sultan Abdullah turut berbangga kerana kejayaan Dr Masliza yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia.  “Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan semoga pencapaian dan ketabahan Dr Masliza menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia,” demikian menurut hantaran itu.  Seri Paduka turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr Masliza dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dalam bidang kardiologi serta sebagai seorang pakar kardiologi yang ulung di dunia.  Dr Masliza, 47, dari Batu Pahat, Johor, kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR).  Ahli Royal College of Physicians (MRCP), UK itu memiliki Ijazah Sarjana Perubatan Dalaman (MMed) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBChB) daripada Universiti Otago, New Zealand.

Dr Masliza, 47, dari Batu Pahat, Johor, kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR).

Ahli Royal College of Physicians (MRCP), UK itu memiliki Ijazah Sarjana Perubatan Dalaman (MMed) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBChB) daripada Universiti Otago, New Zealand.