KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam nahas di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Perak, semalam.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka menzahirkan rasa duka cita dengan berita pemergian Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, ke Rahmatullah dalam nahas tersebut.
"Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham-Allahyarham terbabit sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka mendoakan agar roh-roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh," menurut kenyataan itu.
BACA: Kereta 5 mangsa rentung dirempuh dari belakang, tersepit di antara dua treler - Polis
Mengambil iktibar daripada kejadian nahas tersebut, Ahmad Fadil berkata Seri Paduka menyeru rakyat supaya memastikan kesiapsagaan kenderaan masing-masing serta sentiasa peka dan berwaspada di jalan dan lebuh raya, khususnya di musim perayaan.
Al-Sultan Abdullah juga menyeru supaya kemalangan yang meragut nyawa seperti itu sewajarnya dijadikan peringatan kepada semua pengguna jalan dan lebuh raya untuk mematuhi undang-undang dan tidak cuai ketika memandu, demi keselamatan orang lain.
Menurut Ahmad Fadil, Seri Paduka turut menasihati pihak berkuasa dan syarikat memperketatkan proses pemantauan serta pengambilan pemandu komersial bagi memastikan mereka tidak bermasalah dan penyelenggaraan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Seri Paduka turut menyeru rakyat supaya memastikan kesiapsagaan kenderaan masing-masing serta sentiasa peka dan berwaspada di jalan dan lebuh raya, khususnya di musim perayaan. - Facebook Istana Negara
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Tiga jenazah pelajar USAS disembahyangkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun
Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid apabila jenazah dibawa untuk disembahyangkan.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga penuntut USAS maut kemalangan
Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham-Allahyarham terbabit sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Kemalangan maut penuntut USAS: JPJ tidak berkompromi
JPJ juga tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan mana-mana pengendali kenderaan perdagangan di Malaysia.
Dua mangsa nahas kereta-treler tunjuk perubahan sikap ketika Aidilfitri
Yuzambree tidak menyangka pertemuannya dengan Ahmad Akmal pada lima hari lepas merupakan yang terakhir.
Sumbangan RM2,000 untuk keluarga pelajar USAS rentung dalam kemalangan
Sumbangan itu, di samping bantuan-bantuan lain, adalah sebagai tanda simpati terhadap keluarga mangsa tragedi.
Kerajaan negeri tanggung urusan lima pelajar USAS rentung dalam nahas
Kerajaan negeri Perak akan menanggung segala urusan menguruskan jenazah lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah yang rentung dalam nahas pagi tadi.