Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Exco Negeri Sembilan dijadual angkat sumpah esok

Berdasarkan undangan media yang dikeluarkan pihak istana, istiadat itu akan diadakan pada 9 pagi. - Gambar fail/Bernama
Berdasarkan undangan media yang dikeluarkan pihak istana, istiadat itu akan diadakan pada 9 pagi. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) yang baharu dijadual berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, esok.

Berdasarkan undangan media yang dikeluarkan pihak istana, istiadat itu akan diadakan pada 9 pagi.

Hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi membincangkan kemelut semasa di negeri itu di Istana Hinggap, di sini.

Advertisement

Pertemuan kira-kira sejam itu turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said.

Turut menghadap ialah Menteri Besar Datuk Ismail Lasim.

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement