awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Dewan Rakyat tergamam, Pandikar 'amuk'

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/11/2016
10:00 MYT
Ahli Dewan Rakyat tergamam, Pandikar 'amuk'
Pandikar berkata tindakan sebegitu boleh mendorong kepada tindakan fizikal antara Ahli Parlimen jika tiada tindakan segera diambil. - Gambar fail
Ahli Dewan Rakyat hari ini diam dan tergamam apabila Yang DiPertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur semua Ahli Parlimen supaya tidak menggunakan perkataan kasar semasa sesi perbahasan berlangsung.
Merujuk kepada kekecohan yang berlaku pada Isnin, Pandikar berkata tindakan sebegitu boleh mendorong kepada tindakan fizikal antara Ahli Parlimen jika tiada tindakan segera diambil.
"Perkara yang telah berlalu dan yang telah dibuat keputusan pada ketika itu, kemudian selepas itu dibangkit kembali. Kalau YB (Batu Kawan) tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat maka YB buat usul seperti yang disebut tadi oleh Timbalan Speaker.
"Kerana perkara yang berlaku (semalam) di depan mata tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana semua nampak. Tak perlu adakan siasatan. Perkara yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah perkara yang perlu diambil bukti serta panggil saksi," kata Pandikar dengan nada keras pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Sidang Dewan Rakyat semalam kecoh apabila beberapa wakil rakyat bertikam lidah atas perkataan yang disifatkan sebagai "tidak senonoh" oleh Timbalan Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
BACA: Dewan Rakyat kecoh, ahli parlimen bertikam lidah kerana perkataan 'kok'
BACA: Khalid enggan tarik balik kenyataan 'sial' terhadap Tajuddin
Situasi itu tercetus apabila Tajuddin (BN-Pasir Salak) menyebut bahawa Teresa Kok (DAP-Seputeh) adalah satu-satunya wanita yang mempunyai 'kok' di Dewan Rakyat.
Tajuddin seterusnya menegur Teresa, "Seputeh kekeke (ketawa) kenapa? Satu-satunya wanita yang mempunyai "Kok" adalah di Parlimen Seputeh," ujarnya.
Kenyataan itu lantas mengundang reaksi dan kemarahan beberapa ahli parlimen pembangkang yang bangkit untuk menegur tindakan Tajuddin dan mendesak supaya Timbalan Speaker mengambil tindakan dan meminta Tajuddin menarik balik kenyataan berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) kemudian bangun dan memanggil Tajuddin 'sial'.
Ia berbalas dengan Tajuddin mencabar Khalid agar keluar untuk 'menyelesaikan' perkara itu secara bersemuka dan menggunakan perkataan 'sial' di luar parlimen jika berani.
Topic Berkaitan
#Pandikar Amin
#Parlimen
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan