Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini membuat laporan polis terhadap blogger-blogger pro Barisan Nasional (BN) atas dakwaan beberapa kenyataan palsu di laman Twitter yang disifatkannya sebagai berbaur fitnah dan perkauman.
Kenyataan paslu berkenaan telah mengaitkan dirinya dengan kes kematian seorang anggota polis di Perak pada Mei lalu.
Beliau dalam laporan polis tersebut memberitahu, satu tweet yang kononnya bertarikh 22 Mei 2014 telah dimuatnaik dari akaun beliau yang telah dipalsukan dengan perkataan-perkataan yang tidak pernah dikeluarkannya.
Tweet tersebut berbunyi, "Almost everyday policemen were killed in India. But in Malaysia when a Malay police killed it becomes a big issue." (Hampir setiap hari anggota polis mati di India. Tetapi di Malaysia apabila seorang polis Melayu mati, ia menjadi isu besar).
“Saya telah failkan satu laporan polis terhadap blogger-blogger Pro-BN dan juga pemegang-pemegang akaun twitter Pro-BN di mana mereka telah mengeluarkan kenyataan kurang sopan dimana mereka menuduh saya berkelakuan rasis dan sebagainya.
"Ianya jelas sebagai cubaan memaparkan saya dan juga Parti Keadilan Rakyat sebagai parti rasis dan tidak berperikemanusiaan," kata Surendran ketika ditemui di luar Ibu Pejabat (IPD) Polis Daerah Dang Wangi pada Khamis.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai itu membuat laporan polis tersebut pada kira-kira jam 11.15 pagi dan diiringi oleh peguam peribadinya, Eric Paulsen serta Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Surendran bagaimanapun belum dapat mengenalpasti identiti sebenar blogger-blogger yang terlibat tetapi meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasatnya.
Menurutnya ini bukan kali pertama pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil diserang oleh blogger-blogger Pro-BN tersebut, justeru beliau mahukan perkara sedemikian dihentikan serta-merta.
"Biarpun pemimpin Barisan Nasional tahu akan hal ini, mereka tidak pernah mengambil tindakan atau memberi amaran kepada penyokong-penyokong Pro-BN supaya tidak lagi melakukan perkara ini,” katanya yang menyifatkan tindakan memalsukan akaun Twitter itu sebagai satu jenayah.
Katanya blog pertama yang dilihatnya menyebarkan tweet palsu tersebut ialah blog sejarahmelayu.blogspot.com di mana ia telah tersebar melalui Twitter termasuk akaun @mozas_my29 dan juga blog-blog lain.
Tambahnya, tindakan tersebut telah merosakkan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang Ahli Parlimen dan juga ahli politik.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, turut senada dengan Surendran mengatakan ia bukanlah kali pertama kes sebegini berlaku terhadap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, sebelum ini kes sebegini pernah berlaku kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; dan juga Anwar Ibrahim Club, sambil mengatakan tindakan ini seolah-olah telah dirancang.
Mesej palsu yang dimuatnaik itu telah dibuat dengan menggunakan Photoshop, yang kemudiannya disebarkan oleh blogger-blogger tersebut menerusi blog dan Twitter.
“Saya berharap agar pihak Polis tidak berlengah dan segera lakukan siasatan rapi untuk menangkap mereka dan memastikan perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.
Selain itu, Fahmi juga meminta pihak polis untuk terus berikan respon terhadap isu godaman telefon bimbit pimpinan Pakatan Rakyat yang sering berlaku setiap kali Pilihan Raya Kecil berlangsung.
Sementara itu Eric Paulsen berkata, jika disabitkan kesalahan, individu yang didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman tiga tahun pejara di bawah seksyen 469 Kanun Keseksaan.
"Perkara ini sangat serius dan mereka yang menyebarkannya pemalsuan tersebut juga telah melakukan kesalahan. Jadi kita hendak pihak polis siasat dengan cepat dan telus, dan SKMM ambil tindakan dan dedahkan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab atas blog dan tweet-tweet itu," katanya.
Pada 26 lalu, seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, maut selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah di Parit Buntar.
Dalam insiden 1.15 tengah hari itu, Mohd Azuan, 25, yang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, meninggal di tempat kejadian manakala rakan setugas cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh kereta penjenayah.
Kejadian berlaku ketika kedua-duanya dilapor sedang mengejar sebuah kereta yang dinaiki suspek dalam kes samun.
Haider Yutim
Thu Jun 05 2014
Membuat laporan terhadap blogger BN
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Himpunan Veteran ATM: Enam individu dirakam keterangan
Kesemua mereka telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung perkara berkenaan.
Peserta protes dihalang masuk Dataran Merdeka sebelum bersurai secara aman - Polis
Polis berjaya menghalang kira-kira 400 peserta protes kerajaan gagal yang cuba memasuki kawasan Dataran Merdeka pada Sabtu.
Video tular dakwa restoran beroperasi lebih masa tidak benar - PDRM
Video tular mendakwa restoran berkenaan beroperasi lebih masa adalah tidak benar berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan pihak polis.
LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi
ACP Mohamad Zainal minta orang ramai beri ruang kepada pasukan panel penyiasat khas menjalankan siasatan secara menyeluruh.
Syed Saddiq dipanggil polis berhubung video mengenai kematian tahanan
Ahli Parlimen itu dijangka berada di IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan.
Polis kesan sekumpulan lelaki berkaitan video pukul di kedai vape Chow Kit
Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki berhubung yang tular dalam sebuah video berkenaan kes pukul dua mangsa pada 29 April lalu.
Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.
Suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa tidak diberi layanan istimewa
Tiada layanan istimewa terhadap suspek kes pukul dua pengawal peribadi tegas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.
Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman
Tiga daripadanya merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit manakala seorang lagi bekerja sebagai pengawal peribadi.
Premis sediakan latihan promosi judi diserbu, lima warga asing ditahan
Empat lelaki warga China dan seorang wanita Vietnam berusia antara 21 hingga 33 tahun ditahan dalam serbuan di premis berkenaan kira-kira pukul 12.01 tengah malam.