awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen segak, anggun berbaju batik di Dewan Rakyat

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/10/2021
02:36 MYT
Ahli Parlimen segak, anggun berbaju batik di Dewan Rakyat
Syed Saddiq turut memakai baju batik di Parlimen. -Gambar Twitter Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini buat julung kalinya melakar sejarah apabila menyaksikan ahli-ahli Parlimen secara rasmi memakai baju batik setiap Khamis.
Ia selepas cadangan untuk membenarkan pemakaian baju batik lengan panjang itu diterima sebulat suara dalam Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat, dan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 11 Oktober lalu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa berkemeja batik di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa berkemeja batik di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Antara Ahli Parlimen yang dilihat memakai busana khazanah negara itu ialah Datuk Seri Nancy Shukri (GPS-Batang Sadong), yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri berbaju kurung batik. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri berbaju kurung batik. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Selain itu, turut memakai baju batik ialah Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh), Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) serta Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh).
Turut mengenakan kemeja batik hari ini adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1st time parlimen benarkan pakai batik. I love it. Sepatutnya dibenarkan setiap hari, bukan sahaja pada hari Khamis. Batik is sexy. pic.twitter.com/bPUHwN8AAZ
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 28, 2021
Sebagai meraikan pemakaian baju batik, Nancy dalam masa yang sama turut mengumumkan berita gembira dengan pemberian rebat tunai sebanyak RM30 bagi pembelian RM100 kepada pembelian mana-mana produk kraf Malaysia.
"Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang anggun dan segak mengenakan baju batik Malaysia masing-masing.
"Bagi meraikan hari bersejarah, hari pertama pemakaian batik di Parlimen, semua Keluarga Malaysia akan menerima rebat tunai sebanyak RM30 bagi pembelian RM100 ke atas pembelian mana-mana produk kraf Malaysia.
Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Blok Pembangkang turut mengenakan pakaian berunsur batik hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Blok Pembangkang turut mengenakan pakaian berunsur batik hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
"Ini membantu industri batik, dan kita ada outlet di Parlimen juga dan mana-mana outlet kraftangan Malaysia," katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, pada Khamis.
Sebelum ini, cadangan pemakaian baju batik dibangkitkan Nurul Izzah sebagai usaha meningkatkan pemakaian batik di Malaysia, terutama di Parlimen, termasuk di Dewan Rakyat pada setiap Khamis.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkurung batik ketika hadir ke Parlimen hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkurung batik ketika hadir ke Parlimen hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu juga berkemeja batik ketika hadir ke Parlimen hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu juga berkemeja batik ketika hadir ke Parlimen hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#baju Batik Parlimen
#Nancy Shukri
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan