Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, dilaporkan telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 27 tahun, Jacklyne Anthony pada Sabtu lalu.

Menurut portal Borneo Post Online, majlis perkahwinan pasangan berkenaan diadakan di Kingwood Resort Mukah dan bertemakan warna putih dan merah jambu.

Majlis tersebut bermula dengan Jacklyne berjalan diiringi bapanya, Anthony Bilong sebelum upacara pertukaran cincin antara pasangan terbabit sambil disaksikan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat.

Ahli Parlimen Selangau, Joseph Entulu berkahwin dengan seorang wanita usia 27 tahun, Jacklun Antony pada Sabtu lalu - Kamek Miak Sarawak


Pada sebelah petang, pasangan berkenaan berjalan ke dalam dewan diiringi muzik 'beraboh'.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputra dan Penan) , Datuk John Sikie, Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri, Adriana Chumang Nyambong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Dr Richard Will Uban, Pemanca Robert Nanta, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat, lapor Borneo Post Online.