awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan didakwa tipu Fizz Fairuz berhubung projek pembersihan DBKL

Bernama
Bernama
27/07/2021
12:22 MYT
Ahli perniagaan didakwa tipu Fizz Fairuz berhubung projek pembersihan DBKL
Khairul Khuzaini dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah unit kondominium di Jalan Dutamas Raya Mont Kiara pada 3.52 petang, 6 Jun lepas. - Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu pelakon Datuk Mohd Fairus Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz berhubung projek pembersihan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bulan lepas.
Khairul Khuzaini Zamsani, 26, didakwa menipu Mohd Fairus, 42, untuk mempercayai bahawa tertuduh memiliki projek pembersihan daripada DBKL berjumlah RM1.8 juta sehingga mendorong pelakon itu memasukkan wang berjumlah RM18,100 ke dalam akaun Maybank milik tertuduh.
Khairul Khuzaini dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah unit kondominium di Jalan Dutamas Raya Mont Kiara di sini pada 3.52 petang, 6 Jun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Khairul Mukhtar yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM2,000 atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga.
Majistret Tawfiq Affandy Chin membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Sept depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelakon
#Fizz Fairuz
#projek dbkl
#mahkamah
#ahli perniagaan
#didakwa
#penipuan
#projek pembersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan