awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan gagal kembalikan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga yang lain

Bernama
Bernama
27/05/2022
10:30 MYT
Ahli perniagaan gagal kembalikan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga yang lain
Jeepak (kanan) dan dua lagi gagal dalam usaha mereka untuk mengembalikan semula saman yang difailkan terhadap Najib, Rosmah dan tiga yang lain berhubung dakwaan konspirasi yang menyebabkan mereka mengalami kerugian. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Ahli perniagaan J.R Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal dalam usaha mereka untuk mengembalikan semula saman yang difailkan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan tiga yang lain berhubung dakwaan konspirasi yang menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, sebulat suara menolak permohonan mereka untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka untuk mengembalikan semula saman itu dan tiga lagi saman berkaitan terhadap pihak lain.
Hakim Rohana, yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang, berkata mahkamah mendapati tiada kesilapan dalam keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, yang memerlukan campur tangan mahkamah.
Deepak diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, manakala peguam Datuk David Matthews mewakili Najib dan Rosmah dan peguam Robert Lazar bertindak bagi pihak Bakti Wira Development Sdn Bhd dan Boustead Holdings Berhad.
Pada 29 April lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Deepak, J. Rajesh dan Radiant Splendor Sdn Bhd untuk mengembalikan semula saman terhadap Najib, Rosmah, bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, adik lelaki Najib, Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan bekas setiausaha sulit utama Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.
Saman yang difail pada September 2018 itu diketepikan oleh Mahkamah Tinggi pada 13 Jan 2020.
Dalam saman itu, Deepak, saudaranya Rajesh dan Radiant Splendor mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang, dan menuntut ganti rugi am.
Deepak turut memfailkan saman terhadap Bakti Wira Development Sdn Bhd, Najib, Rosmah serta Boustead Holdings Berhad berkaitan perjanjian urusan tanah yang didakwanya mengakibatkan kerugian besar kepada syarikatnya.
Pada 8 Okt tahun lepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan membatalkan saman itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan
#J R Deepak Jaikishan
#saman
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan