awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah guna gelaran Datuk Seri tidak diiktiraf

Bernama
Bernama
15/08/2023
09:00 MYT
Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah guna gelaran Datuk Seri tidak diiktiraf
Lim Teng Huat, 67, dituduh menggunakan gelaran Datuk Seri daripada Watikah Kurniaan Darjah Kurnia Paduka Seri Diraja Perak (DSDP) yang tidak diiktiraf itu di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Melaka pada 14 Okt 2019. -Gambar hiasan
MELAKA: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf daripada Istana Perak.
Lim Teng Huat, 67, dituduh menggunakan gelaran Datuk Seri daripada Watikah Kurniaan Darjah Kurnia Paduka Seri Diraja Perak (DSDP) yang tidak diiktiraf itu di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Melaka pada 14 Okt 2019.
Lim didakwa mengikut Seksyen 7(3) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7(4) enakmen sama yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 terhadap tertuduh serta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah memandangkan tertuduh mempunyai perniagaan di Indonesia dan berpotensi melarikan diri.
Bagaimanapun, peguam Khaw Tian Keat memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya mengalami masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun lepas.
Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 serta membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#gelaran Datuk Seri tidak diiktiraf
#Istana Perak
#DSDP
#Lim Teng Huat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan