awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan wanita, Tomasdottir menang Pilihan Raya Presiden Iceland

Bernama
Bernama
02/06/2024
15:29 MYT
Ahli perniagaan wanita, Tomasdottir menang Pilihan Raya Presiden Iceland
Tomasdottir memperoleh 32.8 peratus undi berbanding Jakobsdottir, yang mendapat sokongan 25.7 peratus undi. - Gambar Linkedin
LONDON: Usahawan dan pelabur, Halla Tomasdottir memenangi Pilihan Raya Presiden di Iceland, menewaskan bekas Perdana Menteri Katrin Jakobsdottir, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik penyiar milik negara RUV.
Tomasdottir memperoleh 32.8 peratus undi berbanding Jakobsdottir, yang mendapat sokongan 25.7 peratus undi, manakala pakar alam sekitar Halla Hrund Logadottir berada di tempat ketiga dengan 14.6 peratus, kata RUV pada awal pagi Ahad.
Jakobsdottir, yang juga Ketua Parti Pergerakan Hijau-Kiri yang mengetuai kerajaan campuran parti berhaluan kiri dan kanan sejak 2017, mengucapkan tahniah kepada Tomasdottir.
"Ya, saya mengucapkan tahniah kepadanya dan tahu dia akan menjadi presiden yang baik," katanya kepada RUV apabila keputusan awal diumumkan.
Jakobsdottir pada April mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai perdana menteri untuk bertanding jawatan presiden.
Penyandang jawatan itu yang sangat popular, Gudni Johannesson memegang jawatan itu sejak 2016 dan dipilih semula pada 2020 dengan 92 peratus undi, tidak bertanding lagi selepas dua penggal memegang jawatan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usahawan
#tempat ketiga
#kerajaan campuran
#parti berhaluan kiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan