awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik perlu ambil serius isu agama dan bangsa - Shafie

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2020
07:22 MYT
Ahli politik perlu ambil serius isu agama dan bangsa - Shafie
SHAFIE: Hasil kesepaduan perpaduan di negara ini telah berjaya menzahirkan keamanan dan rakyat bebas untuk berjalan tanpa rasa takut. - Gambar fail
Ahli-ahli politik yang menjadi tumpuan rakyat perlu memandang serius isu agama dan bangsa agar tidak ada pihak yang terguris.
Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sifat toleransi antara berbilang bangsa dan agama di negara ini perlu dieratkan lagi bagi mengelak kejadian seumpama berlaku di negara ini.
Semua pihak disaran mengambil iktibar dari beberapa kejadian rusuhan dan pertelingkahan yang berlaku di negara-negara besar dunia yang kurang nilai perpaduan.
"Ini bukan langkah yang kita harus lakukan, seperti yang saya nyatakan kalau rakyat tidak belajar dari apa yang berlaku di Amerika Syarikat, apa yang berlaku di Timur Tengah (Asia Barat), ada isu perkauman dan perkaumannya tebal.
"Ada juga ekstrimisme agama dia, kita akan menjurus ke arah itu jika ia tidak dihentikan dan negara kita tidak akan makmur," ujar Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah Warisan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan berbaur perkauman oleh seorang ahli parlimen dari parti Pas baru-baru ini.
Tambah Shafie, hasil kesepaduan perpaduan di negara ini telah berjaya menzahirkan keamanan dan rakyat bebas untuk berjalan tanpa rasa takut.
"Alhamdulillah semalam, pelancong cukup ramai di National Park (Taman Negara), di tempat saya ada 4,000 lebih di Semporna, this is domestic tourism, that is what we want.
"Tapi kalau kita bertindak dengan menggunakan isu yang akan mengundang pertelingkahan maka semua itu akan hilang dan akan ada ramai rakyat yang akan hilang punca pencarian," katanya.
Topic Berkaitan
#berbilang kaum
#ekstremisme
#Mohd Shafie Apdal
#perpaduan
#rakyat Malaysia
#rasisme
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan