awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik tidak boleh campur urusan pegawai daerah - Sultan Johor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
23/03/2021
10:45 MYT
Ahli politik tidak boleh campur urusan pegawai daerah - Sultan Johor
Sultan Johor (tengah) semasa Majlis Pelancaran Akademi JCS dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Kerjasama di Persada, Johor Bahru- Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, kedudukan pegawai daerah adalah lebih tinggi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen.
Titah baginda, sejak dahulu lagi pegawai daerah dianggap sebagai wakil kepada Raja, memandangkan mereka adalah ketua utama bagi pentadbiran kerajaan di peringkat daerah.
"Sebab itu pegawai daerah yang hendak dilantik akan dipilih oleh saya sendiri.
"Pemimpin politik hanya boleh membawa isu masyarakat tetapi mereka tidak boleh mencampuri urusan pegawai daerah,” titahnya.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Akademi JCS dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Kerjasama di Persada, Johor Bahru pada Selasa sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda.
Kenyataan yang kemudian dimuat naik di laman Facebook baginda itu turut menyatakan berkaitan rungutan mengenai pelantikan ketua kampung.
"Saya sudah tegaskan dahulu, bahawa urusan pemilihan ketua kampung adalah di bawah tanggungjawab pegawai daerah dan penghulu, bukan orang politik.
"Saya harap perkara ini dapat dibetulkan," titahnya.
Berangkat sama ke majlis berkenaan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#pegawai daerah
#ADUN
#ahli politik
#batas kuasa
#ahli Parlimen
#RAJA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan