awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid harap Tahun Naga bawa kebahagiaan, erat perpaduan rakyat

Bernama
Bernama
09/02/2024
08:51 MYT
Ahmad Zahid harap Tahun Naga bawa kebahagiaan, erat perpaduan rakyat
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dalam catatan di laman Facebooknya, yakin sambutan Tahun Baharu Cina akan membawa kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan perpaduan serta kekeluargaan sesama rakyat. - Foto FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua, yang akan menyambut perayaan itu esok, dengan harapan kedatangan Tahun Naga akan mempereratkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dalam catatan di laman Facebooknya, yakin sambutan Tahun Baharu Cina akan membawa kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan perpaduan serta kekeluargaan sesama rakyat.
"Semoga perayaan tahun baharu ini akan membawa kebahagiaan dan mengeratkan hubungan serta kekeluargaan sesama kita semua meskipun berbeza agama, budaya dan bangsa tapi kita tetap sehati sejiwa," katanya.
Menerusi hantaran itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah juga berkongsi video memaparkan beliau menyampaikan ucapan kepada masyarakat yang menyambut Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin, bermaksud: "Gong Xi Fa Cai. Saya orang Melayu, anda semua orang Cina, tapi kita semua orang Malaysia!"
Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 10 Feb 2024, Tahun Naga merupakan antara detik yang paling diraikan, kerana mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng syui, tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berharap sambutan Tahun Naga ini akan membawa kesihatan berpanjangan, kebahagian, rezeki dan kemakmuran kepada semua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#Zahid Hamidi
#tahun naga
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan