awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
02/10/2024
15:23 MYT
Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata banyak perkara yang dibincangkan dan Maimunah turut membawa pelbagai idea serta aspirasi untuk kesinambungan pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur.
"Insya-Allah, saya akan terus bersama dalam merealisasikan agenda pembangunan bandar, khususnya dalam menangani isu kesesakan lalu lintas, mempertingkatkan kehijauan bandar serta mempersiapkan Kuala Lumpur menjelang ASEAN 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi.
Ahmad Zahid berkata beliau yakin kerjasama erat antara kerajaan pusat dan pihak berkuasa tempatan sangat penting dalam memastikan setiap perancangan serta pembangunan berjalan lancar, memberi manfaat kepada rakyat selain mewujudkan persekitaran lebih baik untuk generasi akan datang.
Beliau turut memaklumkan menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Colombo, Sri Lanka iaitu Badli Hisham Adam di pejabatnya.
"Pelbagai isu berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan Sri Lanka serta peluang kerjasama yang boleh diperkukuh di masa hadapan dibincangkan dalam pertemuan ini.
"Semoga hubungan antara Malaysia dan Sri Lanka akan terus berkembang kukuh seterusnya membuka lebih banyak peluang untuk kerjasama yang bermanfaat dan membawa kemakmuran kepada rakyat kedua-dua negara. Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#pertemuan
#Datuk Bandar Kuala Lumpur
#maimunah mohd sharif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan