KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.
Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 April lepas, Muhyiddin, 74, mendakwa Ahmad Zahid, 69, telah membuat permintaan tersebut selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri itu.
"Selepas saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman saya bagi membincangkan, antara lain, pembentukan Kabinet baharu.
"Beberapa individu telah menghadiri mesyuarat itu termasuk plaintif, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Hadi Awang. Selepas mesyuarat berakhir, plaintif meminta untuk bercakap dengan saya secara peribadi dan saya telah meminta Azmin untuk turut serta.
"Ketika perbincangan, beliau telah menunjukkan sejumlah besar fail yang dibawa ke mesyuarat itu. Apabila saya tanya kenapa dia bawa fail itu, dia kata fail itu ada kaitan dengan kes jenayah terhadapnya yang didakwa mempunyai motif politik, dia kata dia tak bersalah dan minta bantuan saya," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi afidavit jawapan terhadap permohonan injunksi yang difailkan oleh Ahmad Zahid dalam saman fitnah berhubung dakwaan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah meminta bantuan Muhyiddin untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes mahkamahnya.
Muhyiddin juga mendakwa apabila mendengar permintaan itu, beliau telah memaklumkan plaintif bahawa beliau tidak boleh dan tidak akan campur tangan dalam prosiding mahkamah serta menasihati Ahmad Zahid untuk membela dirinya jika beliau benar-benar tidak bersalah.
Menurut Muhyiddin, beliau dimaklumkan oleh Abdul Hadi bahawa sebelum mesyuarat itu, plaintif telah bertemu dengan Abdul Hadi dan turut menunjukkan dokumen terbabit selain menyatakan bahawa dia tidak bersalah.
"Bagaimanapun, Abdul Hadi memberitahu plaintif bahawa tujuan mesyuarat itu diadakan di kediaman saya ialah untuk membincangkan hal ehwal kerajaan," katanya.
Muhyiddin berkata tiada sebab untuk Ahmad Zahid menunjukkan fail terbabit kepadanya dan membuat permintaan itu melainkan ia bertujuan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah terhadap plaintif.
Muhyddin turut menafikan bahawa kenyataan yang dibuatnya semasa kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Mersing iaitu di pekarangan Pusat Pembelajaran Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 pada 16 Feb lepas adalah palsu atau berbaur fitnah atau mempunyai niat jahat.
Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa permohonan inter-parte untuk mendapatkan perintah injunksi oleh anak guamnya dalam kes saman fitnah terhadap Muhyiddin akan didengar pada 25 Mei ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rozana Ali Yusoff melalui prosiding dalam talian.
Menerusi saman yang difailkan pada 4 April lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon perintah injunksi secara ex-parte supaya Muhyiddin atau wakilnya menarik balik kenyataan fitnah tersebut atau kenyataan fitnah serupa terhadapnya.
Plaintif juga memohon perintah injunksi sementara untuk menghalang defendan, pegawai dan pembantunya serta ejen dan wakilnya daripada mengeluarkan, menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana wadah media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.
Turut diminta adalah perintah injunksi sementara bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media antaranya di Facebook profil 'Perikatan Nasional,' YouTube Astro AWANI dan KiniTV.
Selain itu, plaintif memohon perintah injunksi sementara mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadamkan dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.
Ahmad Zahid mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesai dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes terbabit, mencampuri sistem kehakiman, mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan bukan pemimpin yang patut dihormati, diteladani serta disegani.
Ahmad Zahid menegaskan kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah palsu, bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya. Ahmad Zahid juga mendakwa kenyataan fitnah berkenaan dikeluarkan oleh defendan selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan PRN Johor.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, serta perintah mengarahkan defendan menerbitkan permohonan maaf yang tidak bersyarat secara bertulis di surat khabar yang akan ditentukan oleh plaintif selain menuntut kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
Muhyiddin, 74, mendakwa Ahmad Zahid, 69, telah membuat permintaan tersebut selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri itu.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.