KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi, yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.
Menerusi afidavit sokongan permohonan itu, Ahmad Zahid, 70, berkata, permohonan tersebut adalah bersifat bona fide (berniat baik) dan hanya bertujuan untuk memohon kebenaran bagi pelepasan pasport agar beliau dapat menjalankan tugas rasmi dengan lancar.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau mempunyai beberapa kekangan untuk menjalankan tugas seperti menteri lain kerana tidak mempunyai akses kepada pasport tersebut.
"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah menerima mandat dan tanggungjawab utama daripada Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakilkan beliau dalam beberapa urusan pentadbiran negara," katanya yang memfailkan notis permohonan berserta afidavit sokongan itu di Mahkamah Tinggi di sini, pada 20 Jan lepas.
Bagi melancarkan pergerakan dan urusan dalam menjalankan tugasan rasmi, Ahmad Zahid berkata, beliau dikehendaki berada di dalam dan luar negara yang memerlukan pasport berada dalam pegangannya sendiri.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, pasport tersebut diperlukan kerana ia adalah syarat dalam proses permohonannya untuk mendapatkan Pasport Diplomatik daripada Jabatan Imigresen Malaysia, bagi tujuan pergerakan rasmi keluar dan masuk negara.
"Adalah wajar untuk mahkamah mempertimbangkan bahawa kelulusan permohonan itu bakal memberi kebaikan serta kelangsungan terhadap pentadbiran Malaysia yang menjadi tanggungjawab setiap individu rakyat di negara ini," katanya menerusi afidavit itu.
Ahmad Zahid berkata, permohonan tersebut tidak bersifat mala fide (berniat jahat) atau prejudis terhadap mana-mana pihak kerana beliau mengaku janji untuk tetap akan memberi kerjasama penuh dalam menyelesaikan kesnya sehingga ke peringkat akhir pembelaan.
"Saya turut mengaku janji bahawa saya akan patuh pada semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh mahkamah dan akan memberi kerjasama penuh untuk menghadiri perbicaraan pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan," jelasnya.
Menurutnya, permohonan itu sekali gus dapat mengurangkan jumlah permohonan-permohonan pelepasan pasport sementara kepada pihak mahkamah untuk membenarkannya ke luar negara bagi tujuan-tujuan rasmi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau tidak mempunyai niat untuk melarikan diri dari negara ini dan tidak menghadirkan diri ke prosiding mahkamah kerana beliau masih berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan bergiat aktif dalam bidang politik selain kesemuanya ahli keluarganya berada di negara ini.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid memohon supaya mahkamah mengetepikan syarat tambahan jaminan iaitu penyerahan pasport kepada mahkamah dan memohon ia dikembalikan kepadanya secara kekal secepat mungkin selain mengekalkan wang jaminan RM2 juta dengan seorang penjamin yang dikenakan terhadapnya.
Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes bagi permohonan tersebut di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Ain Hamzah yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob dan peguam Nabihah Meor Azli mewakili Ahmad Zahid.
Mahkamah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 3 Feb ini.
Pihak pembelaan telah memanggil enam saksi termasuk Ahmad Zahid pada perbicaraan kes itu yang kini di peringkat membela diri dan akan bersambung 10 April di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Ahmad Zahid memohon supaya mahkamah mengetepikan syarat tambahan jaminan iaitu penyerahan pasport kepada mahkamah dan memohon ia dikembalikan kepadanya secara kekal secepat mungkin. - Gambar fail Astro AWANI

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Kerajaan tubuh Majlis Madani - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini.

Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid
Usaha secara menyeluruh itu akan dilaksana dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.

Skor Indeks Belia Malaysia harus dipertingkat - Ahmad Zahid
Pencapaian skor indeks itu pada tahun lepas adalah lebih rendah iaitu pada 58.4 peratus berbanding 60.31 peratus pada 2021.

UMNO, BN janji terus dukung Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Peputusan Pemilihan UMNO 2023 jelas menunjukkan sokongan kepimpinan nasional serta akar umbi parti terhadap keutuhan Kerajaan Perpaduan.

Tiada perbincangan agihan kerusi PRN - Anwar
Anwar memaklumkan, perbincangan secara teliti tidak dibuat namun menjangkakan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Keputusan bahagian, sayap digantung dan dibatalkan perlu adakan pemilihan semula - Zahid
Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) akan melakukan pemilihan semula ke atas mana-mana bahagian termasuk sayap parti itu yang berdepan masalah termasuk dibatalkan atau digantung keputusan.

Ahmad Zahid pertahan jawatan Ketua UMNO Bagan Datuk, Saarani kekal di Lenggong
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk apabila beliau diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan bahagian itu hari ini.

Banjir Johor: Sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta untuk pemasangan jambatan Bailey
Kabinet memutuskan sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta yang diumumkan semalam, akan digunakan bagi pemasangan jambatan Bailey di kawasan terjejas banjir di Johor.

ADUN BN, UMNO sebahagian kerajaan negeri bukti PH Selangor terbuka - Zahid
Zahid berkata sifat keterbukaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan amat dialu-alukan.