Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji pendekatan UMNO Terengganu menyelesaikan masalah dalaman parti itu hingga ia kini kembali bersatu dan teguh.
Mengambil contoh tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang terus menyokong kepimpinan UMNO Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meskipun terdapat perselisihan faham, Ahmad Zahid berkata langkah itu tepat demi kepentingan parti.
"Kita tahu bahawa walaupun beliau (Ahmad) dihujani pelbagai masalah dalam politik, saya ucapkan terima kasih kepada rakan kita Datuk (Seri) Ahmad Said yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Ahmad Razif.
"Semangat kekitaan ini yang kita kena kukuhkan. Kita harus ketepikan permasalahan titik bengik yang ada di kalangan kita, di negeri atau bahagian-bahagian (demi kepentingan parti)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan peringkat Negeri Terengganu di sini yang turut dihadiri Ahmad Razif dan barisan kepimpinan UMNO Terengganu yang lain.
Sebelum ini, krisis dalaman UMNO Terengganu dilaporkan tegang selepas Ahmad yang juga bekas Menteri Besar dengan lantang mengkritik pentadbiran Ahmad Razif menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap UMNO negeri.
Bagaimanapun, isu tersebut dilihat selesai selepas Ahmad Razif dilihat memeluk mesra Ahmad ketika hadir pada majlis perkahwinan anak lelaki Ahmad pada Feb lalu.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata setiap kepimpinan UMNO perlu mempunyai daya juang, daya tahan dan daya saing untuk mempertahankan parti, bangsa Melayu dan agama Islam tanpa mengenepikan agama lain.
"Ia boleh diibaratkan seperti ini : Mana ada pokok yang paling tinggi tidak dipanah petir atau rumah di tepi pantai yang tidak dilambung ombak. Pemimpin perlu istiqamah dan wajib menghadapinya.
"Walaupun saya tahu di bahagian-bahagian ada masalah tetapi demi kemenangan UMNO, ketepikan masalah itu dan saya yakin apabila pemimpin-pemimpin UMNO melakukan itu, kekuatan UMNO Terengganu dapat diterjemahkan semula," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 17 2017
Sebelum ini, krisis dalaman UMNO Terengganu dilaporkan tegang selepas Ahmad (gambar) yang juga bekas Menteri Besar dengan lantang mengkritik pentadbiran Ahmad Razif. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.