KUALA LUMPUR: Disabit bersalah atau sebaliknya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap disifatkan sebagai 'liabiliti' dalam Kerajaan Perpaduan, kata penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Salawati Mat Basir.
Menurut beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memiliki pelan untuk memastikan kestabilan kerajaan yang ditadbir oleh beliau, selain usaha untuk memulihkan persepsi rakyat dan pembangkang terhadap Presiden UMNO itu yang menyertai barisan Kabinet.
"Sekarang ini kita tak boleh buat apa kerana beliau adalah ketua (Pengerusi) Barisan Nasional (BN). Boleh tak kita lantik orang lain, tak boleh kan?
"Tetapi kes yang dihadapi beliau itu akan menjadi penanda aras kepada kerajaan sebab rakyat akan tengok apa kerajaan boleh buat terhadap beliau, jika didapati bersalah, sebab pendakwa raya nak merayu.
"Jadi kalau ada isu yang berat (seperti kes mahkamah), ia akan menjadi liabiliti kepada kerajaan untuk tangani sebab rakyat akan tengok apa seterusnya? Perdana Menteri kata, kita mahu kerajaan yang bersih... jadi apa tindakan kerajaan?" katanya pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Salawati berkata, sejak pelantikan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam barisan jemaah menteri, timbul tohmahan bahawa ia telah mencacatkan Kerajaan Perpaduan.
"Jadi ia secara tidak langsung, Ahmad Zahid adalah liabiliti kepada kerajaan.
"Sekiranya Ahmad Zahid didapati bersalah mesti ada tindakan kerana kalau sudah didapati bersalah, mesti beliau tidak boleh berada (dalam Kabinet) kerajaan.
"Jadi apa pelan seterusnya... kerana beliau (Anwar) memerlukan gabungan ini? Tak kan nak menghancurkan kerajaan yang ada ketika ini, yang mahu memulihkan negara dan disambut baik oleh rakyat. Kedua, jika Ahmad Zahid tidak bersalah, bagaimana Anwar nak tolak persepsi pembangkang?" soalnya lagi.
Pada masa ini, Ahmad Zahid dalam peringkat membela diri terhadap dakwaan kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM17.9 juta.
September tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Sementara itu, rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes rasuah VLN dan pusat sehenti ditetapkan untuk pengurusan kes pada 17 Februari depan.
Astro Awani
Sat Feb 04 2023
September tahun lalu, Ahmad Zahid (kiri) dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Perbicaraan kes rasuah: Ahmad Zahid lanjut kontrak UKSB tanpa UKAS, Kabinet - Saksi pendakwaan
Pelanjutan kontrak itu adalah terlalu awal dan tidak selari dengan klausa 2.2.1 Perjanjian Sistem VLN