KUALA LUMPUR: Saksi pembelaan ketujuh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memberi arahan untuk menggunakan cek Yayasan Akalbudi bagi membayar kad kredit milik Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Datuk Rosiah Osman berkata demikian ketika prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid.
Ketika menjawab soalan peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid, saksi berusia 71 tahun ini berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk ini juga tidak pernah memberi kebenaran untuk menggunakan dana yayasan bagi melunaskan bayaran insuran dan cukai jalan kenderaan miliknya.
Sepanjang memegang jawatan setiausaha eksekutif bermula 1994 hingga 2011, Rosiah berkata, wang yayasan hanya digunakan untuk membuat sumbangan kebajikan antaranya kepada masjid.
Ahmad Zaidi: Selama bertugas sebagai setiausaha eksekutif, Datuk (Rosiah) bayar kad kredit Datuk Seri (Ahmad Zahid) dan isterinya menggunakan akaun mana?
Rosiah: Akaun Maybank milik Datuk Seri.
Ahmad Zaidi: Bagaimana pula dengan bayaran untuk kenderaan, bil-bil belanja peribadinya?
Rosiah: Akaun yang sama milik Datuk Seri.
Sementara itu, dalam prosiding pada Isnin lepas, saksi ini memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid menggunakan kad kredit peribadinya untuk membeli barang kelengkapan sumbangan masjid.
Semasa sesi pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, Rosiah berkata, dia tidak dapat mengingati sekerap mana kad itu digunakan untuk membeli barangan sumbangan kebajikan.
Saksi ini juga berkata, tidak timbul kekeliruan ketika mahu melunaskan bayaran setelah menerima penyata bank kelak.
Mohd Dusuki: Kenapa perlu guna kad kredit untuk beli barang sumbangan masjid, kenapa tidak bayar sahaja menggunakan cek?
Rosiah: Tak kan nak beli guna cek, jadi kita guna kad kredit dulu.
Mohd Dusuki: Barang apa yang dibeli menggunakan kad itu?
Rosiah: Contohnya permaidani, kita guna kad kredit, selepas itu barulah keluarkan cek yayasan untuk bayar balik wang Datuk Seri.
Mohd Dusuki: Adakah ia berlaku dalam semua pembelian?
Rosiah: Hanya dalam keadaan tertentu sahaja sebab tidak semua barang sumbangan boleh dibeli melalui kad kredit.
Ahmad Zahid, 70, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Prosiding di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung Isnin depan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Ahmad Zahid tidak arah bayar kad kreditnya guna dana yayasan - Saksi
Saksi pembelaan ketujuh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa, Ahmad Zahid tidak pernah memberi arahan untuk menggunakan cek Yayasan Akalbudi bagi membayar kad kredit miliknya.
SPRM temui perbelanjaan mencurigakan dalam transaksi kad kredit korporat Mara Corp
Pengurusan MARA Corp telah diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya esok.