Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak setuju dengan cadangan supaya dasar pengharaman ganja di negara ini dikaji semula bagi membolehkan ia digunakan dengan bersyarat.
Beliau berkata ini kerana langkah beberapa negara di Eropah yang membenarkan penggunaan ganja didapati tidak berupaya untuk mengatasi masalah berkaitan penyalahgunaan atau penagihan dadah dengan berkesan.
"Secara peribadi saya berpendapat negara-negara berkenaan tidak boleh dijadikan penanda aras untuk mengizinkan penggunaan dadah itu di sini.
"Saya lihat beberapa kajian ... bila ganja dibenar penggunaan, ia tidak mengurangkan penyalahgunaan dadah di negara berkenaan, malah ia menyebabkan ketagihan berulang dan penambahan penagih baharu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan di Taman Awam di sini
hari ini.
BACA: Belum masa sesuai untuk benarkan penggunaan ganja - KPN
BACA: Pengasih setuju pengharaman ganja dikaji semula
BACA: Ganja hilangkan tekanan: 'Jangan berangan jadi Robin Hood' - Nooh Gadut
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan Parlimen Belia Malaysia Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli baru-baru ini supaya kerajaan memperhalusi dasar pengharaman ganja mengikut situasi semasa dengan melihat kegunaannya daripada aspek positif
Penagih berulang
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tahun lepas sebanyak 26,668 penagih dadah dikesan dalam negara, dengan 23.9 peratus merupakan penagih berulang.
Beliau berkata apa yang malang ialah 73.4 peratus daripada penagih itu terdiri daripada kumpulan umur 18 dan 39 tahun, malah menurutnya pada tahun 2014 penagih paling muda dilaporkan berumur 13 tahun, manakala tahun lepas paling muda berumur tujuh tahun.
Katanya kajian oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah mengenal pasti 178 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara yang dianggap sebagai kawasan panas pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid mengisytiharkan 2016 sebagai Tahun Memerangi Dadah secara besar-besaran buat semua agensi yang berkaitan seperti polis, AADK dan PEMADAM.
Terdahulu, Ahmad Zahid memulakan lawatan kerja di sini dengan dengan meninjau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dan mendengar taklimat mengenai cadangan pembinaan balai polis baharu.
Menurutnya selain IPD Lawas, pihaknya sedang mengusahakan peruntukan bagi menaik taraf dan membangunkan tiga lagi balai polis sekitar sini yang terdiri daripada balai polis Sindumin, Merapoh dan Sundar.
Bernama
Sun Feb 28 2016
Mengambil contoh beberapa negara Barat, kebenaran menggunakan ganja tidak mengatasi masalah berkaitan penyalahgunaan atau penagihan. - Gambar hiasan
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.