awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga anggota FRU yang maut

Bernama
Bernama
13/05/2025
09:31 MYT
Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga anggota FRU yang maut
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata pemergian sembilan anggota FRU itu turut dirasai negara dan mendoakan agar ahli keluarga dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan. - Sumber foto FB Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata pemergian sembilan anggota FRU itu turut dirasai negara dan mendoakan agar ahli keluarga dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan.
"Pengorbanan mereka tidak akan dilupakan. Ia akan terus terpahat dalam ingatan kita sebagai lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara.
"Semoga Allah SWT menerima segala amal bakti mereka, mengampunkan segala dosa dan menempatkan roh mereka dalam kalangan orang-orang beriman serta beroleh ganjaran syurga-Nya," kata beliau.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata beliau juga telah mendengar laporan daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pengangkutan berkaitan tragedi tersebut.
"Mereka adalah wira negara yang sedang menjalankan tugas, menggalas amanah demi keselamatan dan keamanan tanah air," katanya.
Nahas pada 8.50 pagi itu itu menyaksikan sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera parah selepas trak yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota FRU maut kemalangan
#nahas FRU
#Ahmad Zahid Hamidi
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami