WASHINGTON: Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva berkata kecerdasan buatan (AI) bakal memberi kesan kepada hampir 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia.
Justeru itu, beliau mahu ada keseimbangan dasar yang teliti untuk memanfaatkan potensi teknologi itu dengan sewajarnya, lapor Xinhua.
"Kita berada di ambang revolusi teknologi yang boleh melonjakkan produktiviti, meningkatkan pertumbuhan global dan meningkatkan pendapatan di seluruh dunia.
"Namun, ia juga boleh menggantikan pekerjaan dan mewujudkan lebih banyak ketidaksamaan," kata Georgieva dalam blog, memetik analisis terkini IMF baharu yang mengkaji kesan AI ke atas pasaran buruh di peringkat dunia.
Dari segi sejarah, automasi dan teknologi maklumat cenderung mempengaruhi tugas rutin tetapi satu perkara yang membezakan ialah keupayaan AI untuk memberi kesan kepada pekerjaan berkemahiran tinggi.
"Ekonomi maju mungkin menghadapi risiko yang lebih besar dengan penggunaan AI namun banyak juga peluang untuk memanfaatkan faedahnya berbanding dengan pasaran baharu muncul dan ekonomi membangun," menurut blog itu.
Kira-kira 60 peratus pekerjaan mungkin terkesan oleh AI.
Di pasaran-pasaran baharu dan negara berpendapatan rendah, pendedahan kepada AI dijangka masing-masing adalah 40 dan 26 peratus.
Bagaimanapun, kebanyakan negara itu tidak mempunyai infrastruktur atau tenaga kerja terlatih untuk memanfaatkan potensi AI sekali gus meningkatkan lagi potensi ketidakseimbangan dalam kalangan negara.
Beliau yang turut mengakui bahawa AI boleh memberi impak kepada ketidakseimbangan pendapatan dan kekayaan negara, Georgieva berkata pembuat dasar harus proaktif untuk memastikan dan mengelakkan teknologi ini meningkatkan lagi tekanan sosial.
"Adalah penting untuk menetapkan rangka kerja keselamatan sosial yang komprehensif dan menawarkan program latihan semula untuk pekerja yang rentan.
"Dengan demikian kita boleh membuat peralihan AI secara lebih inklusif, melindungi mata pencarian dan mengawal ketidakseimbangan," katanya.
Ketua IMF itu menyarankan agar ekonomi maju memberikan keutamaan kepada inovasi dan integrasi AI sambil membangunkan kerangka dasar regulasi yang kukuh.
Bagi pasaran baharu dan ekonomi membangun, keutamaan perlu diberikan untuk membina landasan yang kukuh melalui pelaburan dalam infrastruktur digital dan tenaga kerja yang mahir digital, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Kita berada di ambang revolusi teknologi yang boleh melonjakkan produktiviti, meningkatkan pertumbuhan global dan meningkatkan pendapatan di seluruh dunia. - Freepik
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
NVIDIA bakal keluar cip AI baharu setiap tahun
Di Malaysia, pusat data AI di Johor adalah antara yang terawal di dunia dilengkapi cip Blackwell.
Badminton Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei tempah slot awal ke suku akhir
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah menyingkirkan lawan dari India untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Malaysia Masters 2024.
Umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa negara-negara Eropah yang bertindak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara diibarat memberi hadiah kepada keganasan
Ciri pemesejan peribadi Chats diperkenal di Bluesky
Sokongan media, mesej berkumpulan dan beberapa ciri keselamatan akan diperkenalkan pada Chats di masa akan datang.
Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
Penyelam ditemui mati lemas terbelit tali hos oksigen
Sebelum kejadian, dua pekerja terbabit turun ke dasar laut untuk membuat tanda pada besi kapal karam yang ingin dipotong.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Isu perkataan kafir, Razman dipanggil bantu siasatan
Razman menjelaskan beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.
792 calon dalam siri ke-3 penempatan pegawai perubatan siswazah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memutuskan untuk membuka penempatan pegawai perubatan siswazah (PPS) baharu bagi lantikan siri ketiga ke beberapa lagi hospital lain selain daripada hospital negeri.
Xbox bakal terima sokongan AI Copilot
Dengan Copilot, isu turun temurun tidak melepasi bahagian tertentu permainan video diselesaikan tanpa perlu menjeda permainan.
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
TikTok: Tenaga manusia masih diperlukan walaupun keperluan AI meningkat
Di Malaysia sahaja, 4,000 moderator telah dikerahkan untuk memantau dan mengendali kandungan di aplikasi TikTok.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.