awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2024
05:16 MYT
Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Juhi Chawla jelaskan keadaan terkini Shah Rukh Khan semakin sihat dan stabil. - Gambar fail
NEW DELHI: Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
Difahamkan, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu berada Ahmedabad untuk menyaksikan perlawanan kriket, Indian Premier League (IPL) membabitkan pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH) ditemani anaknya, Suhana dan Abram.
Selesai perlawanan, Shah Rukh Khan tiba di Narmada Hotel, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital.
Shah Rukh Khan diserang strok haba dan dehidrasi berikutan cuaca panas melampau di Ahmedabad apabila dilaporkan suhu mencecah 45.2 darjah Celsius pada Selasa lalu dan 45.9 darjah Celsius pada keesokannya.
Bagaimanapun, aktor itu dilaporkan semakin stabil.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh rakan artis yang juga pelakon terkenal India, Juhi Chawla.
"Shah Rukh Khan tidak berapa sihat kelmarin, selepas beliau dirawat kini keadaannya sangat baik.
"Beliau juga nanti akan turun menyaksikan perlawanan akhir kriket yang dijadualkan pada 26 Mei ini, yang pastinya akan menceriakan pasukan," katanya kepada News18.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian

Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#strok haba
#dikejarkan ke hospital
#India
#Bollywood
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan