awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: 11 lokasi 'hotspot' kemalangan di Kuala Krai dikenal pasti - Polis

Bernama
Bernama
27/03/2025
09:29 MYT
Aidilfitri: 11 lokasi 'hotspot' kemalangan di Kuala Krai dikenal pasti - Polis
Lokasi berkenaan melibatkan tujuh Jalan Persekutuan manakala empat lagi di kawasan persimpangan lampu isyarat. - Gambar hiasan
KUALA KRAI: Polis mengenal pasti 11 lokasi 'hotspot' yang sering berlaku kemalangan di Kuala Krai, termasuk di persimpangan lampu isyarat semasa musim perayaan Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata lokasi berkenaan melibatkan tujuh Jalan Persekutuan manakala empat lagi di kawasan persimpangan lampu isyarat.
"Antara jalan Persekutuan yang terlibat adalah Kilometer (KM) 55-56 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Telekong), KM 56-58 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Keroh), KM 62 Simpang Kilang Staponal dan KM 75-77 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Pahi).
"Empat kawasan yang sering berlaku kemalangan di persimpangan lampu isyarat pula adalah Guchil Lama, Batu Balai, simpang Sungai Durian-Chenulang dan selekoh Pak Sin Keroh," katanya kepada Bernama selepas Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya di Kampung Pahi di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Mohd Apandi Jusoh dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai Mohd Shaifudeen Md Salleh.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata walaupun aliran trafik di Kuala Krai sering berlaku kesesakan kerana anak perantau pulang beraya, mengikut data yang diperoleh pada tahun lepas hanya satu kematian direkodkan akibat kemalangan ketika musim perayaan Aidilfitri.
"Saya ingin nasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu secara berhemah dan patuhi peraturan jalan raya. Sekiranya rasa mengantuk atau letih ketika memandu, berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hotspot kemalangan
#musim perayaan Aidilfitri
#kesesakan lalu lintas
#Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan