awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: bekalan kelapa di Kelantan dijangka mencukupi - FAMA

Bernama
Bernama
09/02/2025
08:45 MYT
Aidilfitri: bekalan kelapa di Kelantan dijangka mencukupi - FAMA
FAMA telah mengambil beberapa langkah intervensi dari segi mendapatkan bekalan kelapa untuk pembekal dan usahawan. - Gambar hiasan/Bernama
KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan bekalan kelapa di Kelantan mencukupi menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Pengarah FAMA Wan Faizatul Aniza Ismayatim berkata pihaknya telah mengambil beberapa langkah intervensi dari segi mendapatkan bekalan kelapa untuk pembekal dan usahawan.
"Kita tahu sekarang ini memang ada kekurangan dari segi bekalan kelapa. Jadi apa yang kita telah buat di pusat operasi FAMA dekat Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong adalah mengenal pasti mana-mana pemborong dan pengusaha yang memerlukan bekalan kelapa dengan harga jualan antara RM2.80 hingga RM3 sekilogram.
"Jika mana-mana pihak yang memerlukan bekalan, boleh berhubung dengan pusat operasi FAMA kerana setiap minggu kita akan dapat bekalan secara berkala," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Famazara Agro Educare di Kampung Telok Panji di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Faizatul Aniza berkata pihaknya terpaksa mendapatkan bekalan daripada pembekal luar kerana di Kelantan tidak banyak tanaman berkenaan, dan usaha itu memerlukan kerjasama daripada Jabatan Pertanian.
"FAMA juga sudah mendapatkan maklumat daripada setiap jajahan mengenai bekalan kelapa yang diperlukan untuk padanan dari segi keperluan serta bekalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAMA
#bekalan kelapa
#Aidilfitri
#Kelantan
#pembekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan