awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Elak pembelian panik, bekalan makanan mencukupi - Salahuddin

Bernama
Bernama
16/04/2023
12:00 MYT
Aidilfitri: Elak pembelian panik, bekalan makanan mencukupi - Salahuddin
Orang ramai diingatkan supaya segera membuat aduan sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga barangan yang telah ditetapkan. - Gambar hiasan/Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan makanan adalah mencukupi sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana pihak penguat kuasa sentiasa memantau bekalan barangan mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran bagi memastikan sama ada ia mencukupi atau sebaliknya.
"Berbelanjalah dengan gembira dan jangan melakukan pembelian panik kerana pihak penguatkuasaan akan memantau bekalan setiap hari untuk memastikan ia mencukupi memandangkan permintaan tinggi menjelang Syawal," katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan Rahmah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya segera membuat aduan sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga barangan yang telah ditetapkan.
"Kita berharap orang ramai dapat menyemak senarai harga barangan yang kita umumkan supaya senang untuk kita kenal pasti peniaga terbabit kerana setiap aduan daripada pengguna kita akan ambil maklum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan makanan
#Aidilfitri
#pengguna
#perayaan
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan