awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Hampir 80 peratus kemasukan ke Wad Pediatrik HKL babitkan masalah pernafasan

Faida Rahim
Faida Rahim
22/04/2023
05:03 MYT
Aidilfitri: Hampir 80 peratus kemasukan ke Wad Pediatrik HKL babitkan masalah pernafasan
Hampir 80 peratus kes kemasukan kanak-kanak ke wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan melibatkan masalah pernafasan di musim perayaan.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hampir 80 peratus kes kemasukan kanak-kanak ke wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan melibatkan masalah pernafasan di musim perayaan.
Ketua Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak HKL, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose justeru menasihatkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti ziarah di musim Aidilfitri ini.
“Kes melibatkan masalah pernafasan dilihat mendominasi kali ini berbanding kes putus jari akibat mercun.
“Pihak kami menjangka kemasukan ke wad kanak-kanak terus meningkat di hari raya kedua dan ketiga,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Asmayani Khalib di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah beliau, kes terbabit melibatkan penyakit pneumonia dan bronkitis berlaku akibat akibat virus yang tersebar di udara menerusi pesakit batuk atau sentuhan dengan pesakit.
“Terdedah dalam suasana yang ramai terutama musim perayaan ini antara salah satu punca peningkatan kes.
“Kita tahu hari perayaan ramai orang dalam ziarah ini menyebabkan terdedah jangkitan kuman. Masyarakat perlu cakna mengenai isu ini,” katanya.
Justeru, bagi mencegah jangkitan katanya, pastikan meneruskan amalan membasuh tangan dan memakai pelitup muka di tempat orang ramai amat digalakkan.
Topic Berkaitan
#wad pediatrik
#Hospital Kuala Lumpur
#masalah pernafasan
#aktiviti ziarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan