awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Johor pinda hari kelepasan am kepada 4 Mei

Bernama
Bernama
02/05/2022
01:40 MYT
Aidilfitri: Johor pinda hari kelepasan am kepada 4 Mei
Onn Hafiz berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira Hari Raya yang jatuh pada hari ini. -Gambar fail/Facebook
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor bersetuju meminda cuti hari kelepasan am (Cuti Khas Peristiwa) bagi negeri ini dari tarikh asal hari ini kepada Rabu (4 Mei).
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira Hari Raya yang jatuh pada hari ini.
"Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369)," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Malam tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya hari ini.
Pada Rabu lepas, Onn Hafiz dilaporkan berkata kerajaan negeri Johor memberi cuti kelepasan am pada hari ini sempena sambutan Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Johor pinda cuti hari kelepasan am
#onn hafiz ghazi
#cuti khas peristiwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan