PUTRAJAYA: Kadar tambang bas ekpres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April ini, menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jemaah Menteri telah meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer (skm) dan pelaksanaan surcaj itu akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres kategori berkenaan kepada RM0.102 skm berbanding kadar tambang biasa RM0.093 skm.
Menurut agensi itu permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) juga telah dibuka bagi perkhidmatan bas ekspres sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini.
Permohonan LPS itu terbuka kepada semua pengendali bas yang layak bermula 11 Mac hingga 2 April ini, manakala tempoh sah laku lesen bagi semua permohonan yang diluluskan adalah dari 4 hingga 17 April.
"Langkah berkenaan diambil bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi dan dapat menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan," menurut kenyataan itu.
Memperincikan syarat permohonan, menurut APAD pengendali yang memohon LPS perlu mematuhi ketetapan syarat-syarat pengendali bas ekspres ditetapkan agensi itu seperti mematuhi polisi dan spesifikasi kelas lesen Bas Ekspres.
Selain itu, bas ekspres hendaklah dilengkapi sistem penentu posisi global (GPS) dengan had usia tidak melebihi 10 tahun, menurut kenyataan itu.
"Permohonan terhad kepada jenis perkhidmatan ekonomi sahaja. Bagi bas ekspres dan bas persiaran yang melebihi had usia penggunaan dan telah mendapat kelulusan Laporan Puspakom VR1 Khas (Kod 9009) dibenarkan untuk memohon," menurut APAD.
Permohonan boleh dikemukakan di semua pejabat wilayah dan kaunter APAD di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
APAD turut menyeru pengendali agar sentiasa memberikan perkhidmatan berkualiti, menepati jadual tambang dan jadual perjalanan, menjamin keselamatan pengguna dan memastikan pemandu bas mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan.
"Ditegaskan bahawa sebarang perlanggaran syarat lesen yang telah ditetapkan boleh menyebabkan pengendali dikenakan tindakan berdasarkan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
"APAD memohon kerjasama semua pihak dalam usaha memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Kebinet telah meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer (skm). - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.
Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke
Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Aidilfitri: APAD harap lebih banyak pengendali bas ekspres mohon LPS
APAD turut mengingatkan pengendali bas ekspres berkenaan supaya mengenakan tambang yang munasabah.
Aidilfitri: Kadar tambang bas ekspres ekonomi meningkat 10 peratus - APAD
Kadar tambang bas ekpres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.
LPS: Terhad kepada bas ekspres ekonomi, tidak melebihi had usia 10 tahun - APAD
Permohonan Lesen Perubahan Sementara Perayaan yang dibuka mulai 15 Jan hingga 5 Feb 2024 adalah terhad kepada perkhidmatan bas ekspres ekonomi.
APAD dapatkan maklum balas cadangan pembinaan sistem trem moden di Melaka
Pandangan dan maklum balas penting sebelum keputusan railway scheme dikeluarkan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembinaan trem.