awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: PDRM pantau 554 lokasi kerap berlaku kemalangan, sesak - Ayob Khan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
26/03/2025
07:22 MYT
Aidilfitri: PDRM pantau 554 lokasi kerap berlaku kemalangan, sesak - Ayob Khan
Ayob Khan berkata, pelaksanaan Op Selamat 24 itu akan dilaksanakan selama enam hari yang bermula pada 29 Mac hingga 3 April. - Foto Bernama
BANGI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 554 lokasi di lebuh raya serta jalan Persekutuan seluruh negara yang berisiko tinggi berlaku kesesakan dan kemalangan susulan Op Selamat 24 sempena Aidilfitri.

Ringkasan AI
  • PDRM mengenal pasti 554 lokasi berisiko di lebuh raya dan jalan Persekutuan yang berpotensi berlaku kesesakan dan kemalangan sempena Op Selamat 24.
  • 6,957 anggota dan pegawai JSPT akan bertugas untuk memastikan kelancaran lalu lintas dan menguatkuasakan tindakan terhadap pengguna jalan raya yang ingkar.
  • Op Selamat 24 akan dilaksanakan selama enam hari bermula 29 Mac hingga 3 April sebagai langkah pencegahan kemalangan jalan raya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagi memastikan kelancaran lalu lintas, seramai 6,957 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan diarah bertugas.
“Kita telah kenal pasti 432 lokasi 'hotspot' kesesakan dan 122 lokasi 'blackspot' kemalangan di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Terdapat 25 lokasi panas dan 46 titik hitam di lebuh raya utama, manakala 407 lokasi panas dan 76 titik hitam melibatkan jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran dan jalan-jalan lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kerjasama Strategik Untuk Aktiviti Pendidikan dan Penyelidikan Dalam Sains Forensik Antara PDRM dan UKM, di sini, pada Rabu.
Tegas Ayob, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pengguna jalan raya yang ingkar atau melakukan kesalahan sehingga boleh menyumbang kepada kemalangan.
Beliau turut mengumumkan pelaksanaan Op Selamat 24 itu akan dilaksanakan selama enam hari bermula pada 29 Mac hingga 3 April.
Jelasnya, operasi ini sebagai langkah awal pencegahan kemalangan jalan raya, termasuk melaksanakan kempen kesedaran keselamatan jalan raya bagi mengurangkan jumlah kemalangan serta kemalangan maut.
Topic Berkaitan
#ayob khan mydin pitchay
#Op Selamat
#Aidilfitri
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan