awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Pertembungan trafik dari LTU punca kesesakan luar biasa di Lebuhraya KLK - LLM

Bernama
Bernama
04/04/2025
10:45 MYT
Aidilfitri: Pertembungan trafik dari LTU punca kesesakan luar biasa di Lebuhraya KLK - LLM
setakat 5 petang, trafik sesak lebih 40 kilometer bermula dari Karak ke Plaza Tol Bentong serta dari Plaza Tol Karak ke Lentang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pertembungan trafik dari Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) menjadi punca kesesakan luar biasa di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) petang ini, kata jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Ringkasan AI
  • Pertembungan trafik dari LTU menyebabkan kesesakan luar biasa di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dengan trafik sesak lebih 40 kilometer.
  • Trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2, termasuk dari Pedas Linggi ke Port Dickson dan Jasin ke Ayer Keroh.
  • Insiden kebakaran van di Lebuhraya PLUS E2 menyebabkan trafik bergerak perlahan dari Jasin ke Ayer Keroh.

Beliau berkata setakat 5 petang, trafik sesak lebih 40 kilometer bermula dari Karak ke Plaza Tol Bentong serta dari Plaza Tol Karak ke Lentang.
"Trafik sesak susulan kenderaan menghala ke pusat bandar bertambah selepas orang ramai mula bergerak pulang ke kediaman selepas menyambut Aidilfitri," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, trafik turut bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2.
"Trafik perlahan dari Pedas Linggi ke Port Dickson (U), Kulai ke Sedenak, Jasin ke Ayer Keroh dan Simpang Renggam ke Machap," katanya.
Akaun rasmi X PLUS Trafik pula memaklumkan berlaku insiden kebakaran van di Lebuhraya PLUS E2 KM191 arah utara dari Jasin ke Ayer Keroh menyebabkan trafik bergerak perlahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama
#kesesakan luar biasa
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
#KLK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan