awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Polis Marin tingkat kawalan di perairan Johor Barat, Timur

Bernama
Bernama
02/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri: Polis Marin tingkat kawalan di perairan Johor Barat, Timur
Sembilan bot ronda dengan kekuatan 72 anggota terlibat dalam Ops Taring Gelora Khas yang dijalankan bermula semalam. - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua meningkatkan kawalan sempadan terutama di perairan Johor Barat dan Johor Timur bagi mengekang sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan menjelang perayaan Aidilfitri.
Komander PPM Wilayah Dua Johor ACP Muhd Zailani Abdullah berkata sembilan bot ronda dengan kekuatan 72 anggota terlibat dalam Ops Taring Gelora Khas yang dijalankan bermula semalam.
"Berdasarkan faktor geografi dan keluasan panjang perairan negeri ini, kita telah atur langkah penugasan di sempadan terutama di kawasan 'hotspot'.
"... ia antaranya melibatkan perairan Johor Timur, terutama berhampiran Batam (Indonesia) dan Johor Barat berdekatan Karimun, Indonesia bagi mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan," katanya pada sidang media Program Rendezvous Pertemuan di Laut antara Kapal Ronda PPM Wilayah Dua dan Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) di sini semalam.
Turut hadir Komander PCG SAC Cheang Keng Keong.
Muhd Zailani berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan PCG dan bertukar maklumat bagi menjaga keamanan di sempadan.
"Setakat ini kita ada hubungan yang sangat rapat, berkongsi maklumat untuk bertindak diperbatasan sempadan.
"Kerjasama antara kita sungguh harmoni dan tiada masalah timbul dalam kawalan sempadan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Kawalan sempadan
#perairan johor
#PPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan