LANGKAWI: Permintaan untuk penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu akan melibatkan kos yang besar, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke mengulangi bahawa inisiatif itu, yang juga dilaksanakan untuk beberapa musim perayaan lain, dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan tanpa pembiayaan khusus daripada Perbendaharaan.
"... sudah tentu. Ini yang saya mahu laksanakan sepanjang tahun (pemberian tambang subsidi).
"Namun, ia adalah kos yang perlu ditanggung oleh kementerian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.
Menurut Loke walaupun hanya tiga hari, ia mencecah kos jutaan ringgit, justeru dari segi sumber kewangan ia tidak mencukupi untuk menampung kos sekiranya tempoh terbabit dipanjangkan kepada dua minggu.
Sabtu lepas, Loke memaklumkan kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.
Menurut Loke ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.
Semalam, Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) meminta tempoh penetapan RM599 harga maksimum terbabit dipanjang dari tiga hari kepada dua minggu supaya lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah mendapat harga tiket berpatutan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.
Persatuan itu menyifatkan tempoh tiga hari itu tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Menurut Loke walaupun hanya tiga hari, ia mencecah kos jutaan ringgit, justeru dari segi sumber kewangan ia tidak mencukupi untuk menampung kos sekiranya tempoh terbabit dipanjangkan kepada dua minggu. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pemborong didenda RM10,000 jual ayam melebihi harga maksimum
Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lepas, seorang pemborong didenda RM10,000.
Aidilfitri: Subsidi tiket penerbangan selama dua minggu libat kos besar - Loke
Permintaan penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan sehala Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu melibatkan kos yang besar.
Aidilfitri: 'Panjangkan tempoh harga maksimum tiket penerbangan'
Tempoh itu perlu dipanjangkan agar lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan.
500 unit rumah sewa khas dibina di Pulau Pinang
Sebanyak 500 unit rumah Skim Perumahan Sewa Khas bagi golongan belia yang telah berkeluarga dan bujang akan dibina melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Giam, Jelutong di sini.
Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
Buat laporan jika ejen masih caj lebih RM15,000 untuk amah
KJRI Johor Bahru mengingatkan rakyat Malaysia yang dikenakan bayaran melebihi RM15,000 oleh ejen bagi mendapatkan pembantu rumah dari negara itu supaya membuat laporan.
Harga maksimum baharu ayam ambil kira kepentingan semua pihak - Rosol
Meskipun terdapat kemungkinan berlaku sedikit kenaikan, ia dilihat sebagai situasi menang-menang antara pengguna dan pemain industri ternakan.
Harga maksimum ayam, telur dilanjutkan hingga 30 Jun
Kerajaan bersetuju melanjutkan harga maksimum runcit ayam standard, ayam super dan telur ayam menerusi Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam hingga 30 Jun ini.
MAFI nafi rantaian bekalan ayam tempatan tidak terkawal
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa rantaian bekalan ayam tempatan berada dalam keadaan tidak terkawal.
Penjualan kit ujian kendiri diperluas ke stesen minyak, jaminan harga bawah RM10 - KPDNHEP
Kit berkenaan akan dijual dengan harga di bawah RM10 berbanding harga asal RM19.90 yang dijual di farmasi dan kedai ubat.