awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AIGA 2022 membudayakan integriti sektor awam dan swasta - KSN

Fareez Azman
Fareez Azman
17/05/2022
07:41 MYT
AIGA 2022 membudayakan integriti sektor awam dan swasta - KSN
Mohd Zuki ketika berucap pada Majlis Pelancaran Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2022 (AIGA 2022) Peringkat Kebangsaan di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelancaran Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 mampu mengangkat Malaysia ke arah dikenali sebagai sebuah negara berintegriti dan tidak diselubungi gejala rasuah selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP).
Tegas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), meskipun negara bakal beralih ke fasa endemik dengan pembangunan ekonomi yang dijangka terus berkembang, namun isu integriti dan rasuah perlu dipandang serius.
"Ekonomi negara dijangka terus berkembang dengan unjuran 5.5 peratus tahun ini, dipacu oleh pemulihan dalam permintaan domestik, pengembangan eksport dan pembukaan semula sempadan menurut laporan Bank Dunia.
"Walau bagaimanapun, realiti pahit yang perlu kita terima dengan hati terbuka adalah apabila Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia menunjukkan kedudukan yang kurang memberangsangkan kebelakangan ini.
"Terkini ia berada di kedudukan yang ke-62 berbanding di kedudukan yang ke-57 dunia pada tahun 2020," katanya ketika melancarkan AIGA bagi tahun 2022 di ibu negara pada Selasa.
Justeru ujar Mohd Zuki, pelbagai inisiatif termasuk AIGA 2022 yang dilancarkan pada tahun ini dijangka dapat meningkatkan budaya terbabit dalam kalangan masyarakat.
"Meskipun ia sekadar persepsi, namun realiti ini merupakan isyarat penting kepada kita semua untuk meneruskan tekad membanteras gejala rasuah dengan membudayakan integriti yang tinggi dalam kalangan agensi dan individu sama ada dalam perkhidmatan awam mahu pun swasta.
"Justeru, dengan pelaksanaan inisiatif Majlis AIGA ini kelak, saya berharap agar ia akan menjadi mekanisme penanda aras terbaik bagi organisasi awam mahupun swasta dalam membudayakan integriti, tadbir urus terbaik dan antirasuah terutamanya dalam organisasi masing-masing serta boleh dijadikan contoh teladan dan inspirasi kepada organisasi-organisasi lain," jelasnya lagi.
Dianjurkan IIM, AIGA 2022 turut melibatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan SIRIM Berhad.
Topic Berkaitan
#NACP
#antirasuah
#intergriti
#KSN
#AIGA 2022
#zuki ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan