Peninju profesional Malaysia, Aiman Abu Bakar yang meraih gelaran di laman sendiri hari ini, berazam mahu mengibarkan Jalur Gemilang di gelanggang utama tinju dunia di Las Vegas.
Peninju kelahiran Negeri Sembilan berusia 26 tahun itu, yang bertarung buat pertama kali di Malaysia, selepas berkelana mengembangkan karier tinjunya di Filipina selama empat tahun, menumbangkan peninju Indonesia, Abdi pada pusingan keempat kategori featherweight, yang diadakan sebagai acara sampingan 'Fight of Champions' antara legenda tinju Filipina Manny Pacquiao dan Lucas Matthysse di Axiata Arena, hari ini.
Selepas membuktikan kemampuannya di hadapan peminat tempatan dengan melebarkan rekod kemenangan 8-0 dalam kariernya (dengan tiga 'knock-out) hari ini, matlamat Aiman seterusnya adalah bertarung di Las Vegas, disifatkan venue paling berprestij bagi acara tinju dunia.
"Saya sangat gembira kerana segala kerja keras dan pengorbanan membuahkan hasil di hadapan peminat Malaysia. Pertarungan ini batu loncatan bagi saya beraksi di pentas lebih besar dan baik pada masa hadapan. Saya mahu membuktikan kepada peminat Malaysia keupayaan saya dan beraksi di Las Vegas selepas ini.
"Sudah pasti dengan pencapaian ini meletakkan saya di kedudukan yang baik beraksi di sana. Saya perlu terus berusaha keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Saya akan kibarkan Jalur Gemilang di Las Vegas," katanya pada sidang media selepas pertarungan tersebut, hari ini.
Berasa teruja dan bermotivasi bertarung di hadapan penonton tempatan dalam kejohanan sama dengan pertarungan Pacquiao-Matthysse, Aiman berkata beliau bangun seawal 4 pagi tadi, iaitu lapan jam sebelum aksi hari ini, dan menanti penuh sabar saat yang hebat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018
Peninju kelahiran Negeri Sembilan berusia 26 tahun itu menumbangkan peninju Indonesia, Abdi pada pusingan keempat kategori featherweight. - Bernama
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Aiman mahu kibarkan Jalur Gemilang di Las Vegas
Peninju profesional Malaysia, Aiman Abu Bakar yang meraih gelaran di laman sendiri hari ini, berazam mahu mengibarkan Jalur Gemilang di gelanggang utama tinju dunia di Las Vegas.