awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AIR 2040 pacu Malaysia sebagai hab air serantau

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2024
12:04 MYT
AIR 2040 pacu Malaysia sebagai hab air serantau
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan peningkatan pelaburan dalam teknologi air, penyelidikan dan pembangunan kemahiran mampu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan. - AWANI
KUALA LUMPUR: Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan peningkatan pelaburan dalam teknologi air, penyelidikan dan pembangunan kemahiran mampu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam sektor berkenaan.
Dalam kenyataan, AIR 2040 yang dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun menerusi empat fasa di bawah Rancangan Malaysia bakal memacu keterjaminan dalam aspek kesejahteraan rakyat melalui penerapan lapan pemacu perubahan memperkasa landskap sektor air negara secara holistik.
Ini termasuk pembiayaan alternatif, sektor ekonomi baharu, adaptasi perubahan iklim, mengenal pasti kegunaan air maya dan jejak air, advokasi dan kesedaran awam, integrasi data, teknologi pintar dan neksus Tenaga-Makanan-Air.
AIR 2040 merupakan satu daripada agenda nasional bagi mentransformasikan sektor air negara menjadi mampan dan pemangkin pembangunan ekonomi, menjamin bekalan air berkualiti serta memajukan bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE).
Sementara itu, beliau memaklumkan AIR 2040 membawa manfaat besar kepada kesejahteraan rakyat dengan menjamin bekalan air bersih yang konsisten dan berkualiti, penting untuk kesihatan dan kehidupan seharian.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#sektor air
#hab air
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan