Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hanya akan menjadikan krisis air di negeri itu tidak berkesudahan seandainya tidak memuktamadkan perjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan dengan segera.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, rakyat juga akan berdepan masalah bekalan air di Lembah Klang seeprti yang terjadi awal tahun lalu.
"Bekalan air di Selangor akan putus-putus jika Azmin tidak muktamadkan segera perjanjian air.
"Mengapa kerajaan negeri tidak belajar dari kesilapan mereka tahun lepas yang menyebabkan bekalan air dicatu sehingga menyebabkan kehidupan rakyat Selangor terjejas.
"Sekarang beberapa kawasan sebenarnya sudah mula mengalami masalah air, ia dilihat akan menjadi semakin kronik jika perjanjian air ini tidak dimeterai segera," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Rakyat, kedaulatan S'gor diutamakan dalam perjanjian air - Azmin
BACA: Penstrukturan air: Azmin dakwa kerajaan pusat langgar perjanjian
Sebelum ini, Azmin mendakwa kerajaan persekutuan cuba mengambil alih keseluruhan jajaran 26,000 kilometer aset paip air termasuk tanah walaupun bercanggah dengan perjanjian utama penstrukturan semula perkhidmatan air negeri itu.
Tegas Azmin, tindakan kerajaan persekutuan itu menjadi punca pihaknya sebelum ini membatalkan rundingan penstrukturan yang ditandatangani bersama pada 12 September 2014 sebelum bersetuju untuk berunding semula pada 23 Mac lepas.
Dalam pada itu kata Irmohizam, masalah itu akan menjadikan rakyat Selangor berdepan masalah terutama menjelang bulan puasa tidak lama lagi.
"Jika air dicatu, rakyat negeri ini akan terus berhadapan masalah menjelang bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
"Rakyat Selangor sentiasa berharap Azmin kembali memberi perhatian kepada isu negeri dan meninggalkan pelbagai kemelut politik nasional.
"Sebelum ini Azmin kata mahu mengutamakan kedaulatan Selangor dan kepentingan rakyat dalam isu ini, sekarang lain pula ceritanya," tegasnya.
BACA: Sultan S'gor mahu perjanjian penstrukturan semula industri air dimuktamad segera
BACA: Terma perjanjian air Selangor dengan pusat kekal yang asal - Maximus Ongkili
Pada 25 Mac lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menegaskan pihaknya masih mengekalkan terma perjanjian utama tersebut selepas berbincang dengan kerajaan Selangor pada 23 Mac lepas.
Dr Maximus menyatakan status dua aset tanah di Bukit Nanas dan Semenyih yang terlibat dalam perjanjian utama itu akan ditentukan selepas perbincangan seterusnya antara kedua-dua belah pihak.
Bagaimanapun, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kemudian dilaporkan menitahkan supaya perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini dimuktamadkan segera mengikut perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 12 September 2014.
Astro Awani
Sun May 10 2015
IRMOHIZAM: Air di Selangor 'putus-putus' jika Azmin tidak muktamad perjanjian - Gambar fail
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.