KUALA KEDAH: Sebuah feri yang membawa seramai 547 penumpang dan kru kapal dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut akibat air laut surut petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan daripada bilik gerakan pada jam 4.55 petang.
“Seramai enam anggota dari Balai Bomba Penyelamat Jalan Raja dihantar ke lokasi.
“Sebaik tiba pihak Komander Operasi dimaklumkan sebuah feri penumpang Kuala Kedah ke Langkawi sedang tersadai tersangkut di beting lumpur.
“Seramai 547 penumpang serta krew dilaporkan berada di dalam feri dan kerja pemindahan sedang dilakukan ketika ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Oct 23 2022
Menurut JBPM, kerja pemindahan sedang dilakukan ketika ini. - Foto JBPM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Feri Langkawi tersangkut: Maritim Kuala Kedah bantu pindah penumpang, wanita sesak nafas
APMM Kuala Kedah sedang melakukan usaha pemindahan 547 orang penumpang dan kru feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang terkandas di muara Kuala Kedah.
Air laut surut, feri bawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas
Sebuah feri yang membawa seramai 547 penumpang dan kru kapal dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut akibat air laut surut petang tadi.