awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air mentah dari bekas lombong selamat digunakan - Khalid Ibrahim

Bernama
Bernama
25/04/2014
10:47 MYT
Air mentah dari bekas lombong selamat digunakan - Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. -Gambar Fail
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menepis dakwaan yang mengatakan bahawa langkah kerajaan negeri menggunakan air mentah dari bekas lombong untuk menampung keperluan air di Lembah Klang boleh menimbulkan masalah kesihatan kerana terdapat kandungan logam berat di dalamnya.
Beliau berkata kandungan air dari bekas lombong selamat digunakan berdasarkan kaedah pensampelan yang dibuat oleh Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan.
"Kita ada pakar lain yang mengatakan air dari bekas lombong selamat digunakan dan ujian yang dijalankan oleh ahli kimia turut mendapati perkara sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program khas bersama rakyat di sini hari ini.
Sebelum ini Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, Prof Datuk Dr Zaini Ujang yang juga bekas Naib Canselor serta Profesor Pelestarian Air di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dilaporkan berkata langkah kerajaan Selangor mendapatkan bekalan air mentah dari bekas lombong tidak sesuai kerana ia mungkin boleh menyebabkan penyakit kulit.
Dr Zaini dilaporkan berkata kajian yang dilakukannya sebelum ini mendapati air bekas lombong tidak bermasalah jika diambil pada bahagian permukaan tetapi jika disedut hingga ke dasar, bahan logam berat akan turut disedut sekali.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata kerja-kerja mengepam air dari kolam-kolam bekas lombong telahpun dimulakan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air ketika ini dengan lapan pam air berkeupayaan tinggi yang setiap satunya mampu mengepam jumlah air sebanyak 50 juta liter sehari.
Katanya, pihaknya menjangkakan untuk mengepam antara 700 hingga 900 juta liter sehari dalam masa terdekat.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.
Berhubung kenyataan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP yang dilaporkan mahu Abdul Khalid dipecat dari jawatannya berikutan kegagalan beliau menangani isu air, Abdul Khalid berkata beliau tidak mempunyai kuasa memintanya meletak jawatan.
Topic Berkaitan
#Abdul Khalid Ibrahim
#air mentah
#bekas lombong
#dakwaan
#kerajaan negeri
#Lembah Klang
#logam berat
#masalah kesihatan
#menampung keperluan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan