awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air mula naik di kawasan rendah di Johor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
24/01/2023
03:30 MYT
Air mula naik di kawasan rendah di Johor
Antara kawasan yang dinaiki air susulan hujan berterusan di Johor sejak semalam. - Foto JBPM
JOHOR BAHRU: Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di negeri ini dinaiki air di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor menyenaraikan 432 kawasan 'hotspot' banjir di negeri ini susulan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam.
Pengarah APM Johor Penolong Pesuruhjaya Kamal Mokhtar berkata, ia melibatkan daerah Kluang di Lereng Sungai, Kampung Tengah Dalam dan Jalan Sawi, Yap Tau Sah.
"Semua daerah dengan kawasan kediaman berdekatan sungai, serta tempat rendah, berisiko dinaiki air banjir jika hujan lebat turun secara berterusan.
"Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara secara rasmi dibuka walaupun berlaku banjir kilat di Batu Pahat, Kota Tinggi, Muar, Pontian, Kluang dan Tangkak akibat hujan seharian semalam," katanya.
Antara kawasan 'hotspot' yang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan. - Foto JBPM
Antara kawasan 'hotspot' yang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan. - Foto JBPM
Malam tadi, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya sehingga esok di Johor membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Kulai dan Mersing.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut melaporkan menerima panggilan berhubung insiden banjir di Lorong Makmur, Kampung Baru Sungai Mas dekat Kota Tinggi serta Kampung Pekan Air Panas dan Kampung Paya Merah Lama dekat Labis Segamat.
Bagaimanapun jumlah sebenar mangsa terlibat sedang dikemas kini.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan berterusan
#APM
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan