awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tolak ancaman Trump, sedia bertindak balas terhadap sebarang serangan AS
Pesawat terhempas di Colombia, semua 15 penumpang terkorban
Nicki Minaj dakwa sebagai ‘peminat nombor satu’ Donald Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Elak aktiviti pantai di Terengganu - Polis

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
08/12/2021
23:33 MYT
Air pasang besar: Elak aktiviti pantai di Terengganu - Polis
Angkatan Pertahanan Awam Terengganu mengenal pasti 37 lokasi di negeri itu yang dijangka berdepan risiko banjir berikutan fenomena air pasang. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihatkan supaya menghindari dan tidak melakukan aktiviti di kawasan pantai sepanjang fenomena air pasang besar yang melanda negeri ini.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Norhalid Kimi berkata, peringatan dan amaran itu bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang musim tengkujuh.
Katanya, peralihan monsun timur laut yang melanda Terengganu ketika ini tidak sesuai untuk melakukan aktiviti air dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan ombak besar.
"Masih ada masyarakat atau komuniti yang hendak berkelah dan bermain air ketika ini. Itu adalah suasana yang merbahaya kepada mereka.
"Setakat ini kita bagi nasihat dan amaran. Bukan kami sahaja, bahkan sesiapa pun, patut bertanggungjawab untuk menasihatkan mereka," katanya di sini semalam.
Beliau berkata masyarakat juga perlu peka dengan keadaan semasa sebelum melakukan sebarang aktiviti khususnya di kawasan pantai yang sering menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat fenomena air pasang besar.
Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam Terengganu mengenal pasti sebanyak 37 lokasi di negeri itu yang dijangka berdepan risiko banjir berikutan fenomena air pasang.
Fenomena air pasang besar dan hujan lebat diramal berlaku 3 hingga 12 Disember ini.
Ia melibatkan tujuh daerah di negeri itu kecuali Hulu Terengganu.
Antara kampung yang dikenal pasti ialah yang terletak di kawasan berhampiran pantai dan sungai.
Sementara itu, Terengganu juga baru melepasi gelombang pertama banjir pada Isnin lalu yang menyaksikan empat daerah terjejas.
Banjir yang melanda bermula Khamis itu menyebabkan seramai 224 mangsa daripada 75 keluarga di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara.
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#tengkujuh
#aktiviti pantai
#Polis Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan